Selasa, 11 Mei 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya di makmal komputer mengikut panitia matapelajaran teras. Setiap panitia ditugaskan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tahap 1 dan tahap 2 dalam sistem pemarkahan sebagaimana menurut pemarkahan dari Lembaga Peperiksaan. Penceramah-penceramah adalah terdiri daripada guru-guru sekolah ini yang berpengalaman luas dalam standard pemarkahan.

Objektif:
1. Meningkatkan profesionalisme keguruan.
2. Mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini dalam bidang pendidikan.
3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan.
4. Memartabatkan profesion keguruan.


Tarikh:

Panitia Bahasa  Melayu-20 Februari 2010
Panitia Sains-26 Mac 2010
Panitia Matematik-4 Mei 2010
Panitia Bahasa Inggeris- 11 Mei 2010

Penceramah:
Bahasa Melayu- Puan Wan Pauziah Wan Yakob
Sains-Puan Fazidah Osman
Matematik-Encik Baharuddin Mat Zin
Bahasa Inggeris-Encik Aziz Mokhtar






Panitia Bahasa Melayu
20 Februari 2010







Panitia Bahasa Inggeris
11 Mei 2010
blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA