Isnin, 14 Mac 2011

KESELAMATAN & PENCEGAHAN KEBAKARAN

KHAMIS 10 MAC- Satu latihan  kebakaran (fire drill) telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Bomba. Program telah dijalankan selepas waktu rehat dengan semua warga sekolah berkumpul di padang setelah loceng kecemasan berbunyi. Demostrasi memadam kebakaran turut diadakan. Selesai demostrasi warga skpc diberikan taklimat dan ceramah khas mengenai kebakaran di dewan terbuka skpc oleh Encik Mohamed Absullah,Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan. Dengan program dan latihan kebakaran ini diharapkan semua warga skpc mendapat manafaat yang berguna sekiranya berlaku kebakaran di sekolah mahupun di rumah.


blogger

07&08 FEB - Program kecemerlangan UPSR di bawah Panitia Bahasa Inggeris telah menganjurkan satu bengkel kepada murid tahun 6. Bengkel "Grammar Excellence" dijalankan selama dua hari oleh Bistaman Training and Consultancy. Penekanan dan pendedahan kepada tatabahasa (Grammar) diutamakan sepanjang 2 hari bengkel ini berjalan. Banyak pendedahan dan input diberikan kepada murid tahun 6 dan diharapkan murid akan dapat menggunakan segala ilmu yang dipelajari daripada En Bistaman Yahya untuk mengukir kejayaan di dalam peperiksaan UPSR khususnya subjek Bahasa Inggeris.

blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA