Ahad, 30 Januari 2011

SELAMAT BERTUGAS DI SKPC

Encik Mohamad Yusop Mahmud
Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada PK Pentadbiran (PKP)  baru SKPC Encik Mohamad Yusop Mahmud. Memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik  pada tahun 1989 di SMK Geting, Tumpat. Seterusnya  meneruskan tugas di SMK Penambang, Kota Bharu selama 10 tahun bermula pada tahun 1999 sehingga 2009. Kemudian beliau dilantik sebagai PK Hem di SK Meranto, Gua Musang selama satu tahun. Tanggal 25 Januari 2011 beliau memulakan  tugas sebagai PKP SKPC. Ahlan wasalam...
blogger

Sabtu, 29 Januari 2011

PROGRAM PERMUAFAKATAN & KECEMERLANGAN UPSR 2011

29 JAN - Bertempat di Dewan SKPC, para ibubapa murid tahun 6 berkumpul bagi mendengar taklimat program kecemerlangan UPSR bagi  tahun 2011. Tn Hj Noor Zahari Zakaria selaku Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SKPC dijemput sebagai penceramah dengan tajuk "Permuafakatan, Kecaknaan, Keberkatan, Kejayaan" Sambutan ibubapa yang begitu bersemangat dan menggalakkan serta tidak berganjak daripada tempat duduk syabas diucapkan. Kerjasama sebeginilah diharapkan dapat terus dijalin di antara ibubapa, guru dan pentadbir sekolah yang akan menjana kejayaan sekolah.

 

blogger

Jumaat, 28 Januari 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (1) 2011

Ucapan aluan oleh Tn Hj Shafii Musa Guru Besar SKPC
En Zakaria Mat Yasin
Penolong Pengarah Kajian Kemasyarakatan JPN Kelantan




Pn Sidah, Pn Ruhana, Pn Rashidah & Pn Siti Nor
Pn Rashidah & Pn Rozaiuni
Pn Che kamariah, Pn Tn Zainu, Pn Zarina, Pn Haskini dan Pn Rusyati
Pn Rosnani & Pn Zaiton
Pn Arbaizah, Pn Saodah & Pn Jamilah Hosman
 
Pn Zuzilla, Pn Farwaida & Pn Aida
Pn Che Limah, Pn Hasnah, Pn Siti Fatimah & Pn  Hjh Norizan
En Azahan & En Baharuddin
Sir Aziz, En Adlan & En Kamaruzaman
Pn Jamilah Mat, Pn Junaidah, Pn Ramlah & Pn Hjh Nik Maslina
Pn Eliza & Cik Syahriah
Pn Nik Maslina, Pn Zaleha & Pn Eliza
En Baderin, En Anuar & En Mohd Zaid  





Ustaz Muda En Zahidan
Pn Wan Faizah & Pn Noor Anita
En Khir, En Abdullah & En Sharifuddin
 
PKP En Mohd Yusof Mahmood &  Pn Fazidah



 27 JAN- Latihan Dalam Perkhidmatan (1) bagi tahun 2011 telah berjalan dengan lancarnya. Berlokasi di makmal komputer program dimulakan pada jam 1.30 tengahari. Didahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Shaari dan diselangi oleh ucapan aluan Tuan Guru Besar.

Berfokus kepada Pengurusan Panitia Berkesan dengan fokus pembentangan  ialah pengurusan panitia, Pengurusan fail panitia, pengurusan mesyuarat dan pengurusan persediaan rekod mengajar.

Banyak ilmu dan pengetahuan diperolehi oleh warga SKPC berkaitan sistem fail dan pengurusan panitia berkesan. Diharapkan program ini dapat membantu semua guru menguruskan fail dengan baik dan lancar.

blogger

Khamis, 20 Januari 2011

MAJLIS TITIPAN KASIH HARUM BERZAMAN

20 JAN - Tahniah di atas perlantikan Puan Hjh Rosemawati Ramli sebagai Guru Besar SK Chicha Menyabung. Satu majlis titipan kasih harum berzaman telah diadakan di dewan SKPC bermula jam 10.45 pagi. Murid-murid yang terdiri daripada murid Pra sehingga ke tahun 6 berkumpul bersama guru-guru untuk meyambut Puan Hjh Rosemawati. En Rashidi telah dipilih sebagai pengacara majlis dengan gandingan bersama Puan Rozaizuni.
Dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan wakil guru oleh Pn Fazidah Osman. Diserikan lagi dengan ucapan oleh wakil murid adik Mohd Amirul Hakim dan bacaan sajak oleh adik Siti Aisyah Zakaria . Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar Tn Hj Shafii Musa yang penuh dengan pengajaran dan ceria dengan pantun seloka.
Biodata Puan Rosemawati dibaca dengan penuh emosi bersama alunan muzik cukup mengundang satu perasaan hiba di kalangan guru-guru. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Puan Hjh Rosemawati yang kaya dengan senyuman dan lentok yang menawan. Diselitkan dengan nyanyian yang sungguh merdu mengalahkan penyanyi tersohor Siti Nurhaliza bersama ungkapan  pantun yang ditujukan khas buat semua murid dari tahun 1 hingga 6.
Majlis titipan kasih harum berzaman diserikan dengan penyampaian cenderahati  oleh wakil murid dari tahun 1hingga 6 dan penyampaian cenderahati oleh ketua bagi setiap panitia.
Kemuncak majlis pada hari ini ialah majlis bersalaman dengan Puan Hjh Rosemawati. Dimulakan dengan  murid pra sekolah sehingga ke murid tahun 6. Diikuti oleh para guru lelaki dan perempuan dengan  tangisan dan  hati yang berat untuk melepaskan Puan Hjh Rosemawati.




















Usai majlis meraikan Pn Hjh Rosemawati di SKPC selesai, diteruskan pula dengan majlis menghantar Pn Hjh Rosemawati ke SK Chicha Menyabung (SKCM). Di sambut dengan meriah  dengan paluan kompang oleh warga SKCM yang menyambut ketibaan Puan Guru Besar baru SKMC iaitu Pn Hjh Rosemawati Ramli serta ahli rombongan warga guru dan kakitangan SKPC. 
Majlis di SKCM didahului dengan bacaan doa . Diteruskan dengan ucapan alua-aluan PKP mewakili warga SKCM dan PKHem Ustaz Mohd Onn mewakili warga SKPC. Majlis diteruskan dengan ucapan Puan Guru Besar SKCM yang berharap kerjasama dan ikatan ukwah yang erat dapat dijalinkan diantara kedua-dua sekolah ini. Majlis berakhir dengan berbalas hantaran di antara Tuan Guru Besar SKPC Tn Hj Shafii dan Puan Guu Besar SKCM Pn Hjh Rosemawati.
Barisan Pentadbir SKPC dan SKCM
Bacaan Doa
Ucapan Oleh PKP SKCM
Ucapan PK Hem SKPC
Ucapan Oleh Puan Guru Besar SKCM

Majlis berbalas hantaran di antara GB SKPC dan GB SKCM
Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan
blogger

Rabu, 12 Januari 2011

LearnEnglish - Plus Rancangan Tahunan KSSR, Sukatan Pelajaran and UPSR Exam Tips: Verb Quiz

LearnEnglish - Plus Rancangan Tahunan KSSR, Sukatan Pelajaran and UPSR Exam Tips: Verb Quiz: "Instructions: Choose the verb that would make the sentence correct. The policeman _______him. shoot shot shooted Answerb The sun ha..."
blogger

LearnEnglish - Plus Rancangan Tahunan KSSR, Sukatan Pelajaran and UPSR Exam Tips: e-Penyata Gaji & Laporan ( Slip Gaji Online )

LearnEnglish - Plus Rancangan Tahunan KSSR, Sukatan Pelajaran and UPSR Exam Tips: e-Penyata Gaji & Laporan ( Slip Gaji Online ): "All government servant/ civil servant are actually need to print their own pay (slip gaji) online through the Akauntan Negara website si..."
blogger

LearnEnglish - Plus Rancangan Tahunan KSSR, Sukatan Pelajaran and UPSR Exam Tips: Spelling Bee

LearnEnglish - Plus Rancangan Tahunan KSSR, Sukatan Pelajaran and UPSR Exam Tips: Spelling Bee: "#TfdBee {border:1px #000000 solid;background-color:;padding:2px} #TfdBee {font:normal 10pt '';color:#000000} #TfdBee A {color:#0000FF} #T..."
blogger

LearnEnglish - Plus Rancangan Tahunan KSSR, Sukatan Pelajaran and UPSR Exam Tips: Modul LINUS Literasi and Numerasi Tahun 2 (LINUS Y...

LearnEnglish - Plus Rancangan Tahunan KSSR, Sukatan Pelajaran and UPSR Exam Tips: Modul LINUS Literasi and Numerasi Tahun 2 (LINUS Y...: "For teacher who is searching for Modul LINUS Literasi and Numerasi Tahun 2 (Year 2) for 2011. Please find the LINUS materials below. &nbsp..."
blogger

LearnEnglish - Plus Rancangan Tahunan KSSR, Sukatan Pelajaran and UPSR Exam Tips: Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR & KBSR for 2011

LearnEnglish - Plus Rancangan Tahunan KSSR, Sukatan Pelajaran and UPSR Exam Tips: Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR & KBSR for 2011: "Halo all Malaysian teachers, please take a look at the compiled collection of Rancangan pengajaran tahunan KSSR and KBSR for 2011 You can f..."
blogger

Isnin, 3 Januari 2011

WAJAH-WAJAH TAHUN SATU / 2011

03 JAN 2011- Sesi Persekolahan bagi tahun 2011 bermula pada hari ini. Pendaftaran murid tahun satu telah diadakan pada 29 Disember 2010 yang lalu. Hari ini merupakan hari pertama murid tahun satu memasuki alam persekolahan. Pelbagai gelagat dan kerenah mereka yang mencuit hati dengan ibu bapa yang sabar menunggu anak-anak di luar kelas dengan penuh debaran.
Alhamdulilah walaupun hari ini adalah hari pertama mereka memasuki alam persekolahan tetapi mereka telah menunjukkan displin dan sikap yang baik. Mendengar dan patuh kepada arahan dan tunjuk ajar guru-guru.

Menunggu P&P bermula dengan penuh sabar dan sopan
Masih ada murid yang ditemani oleh ibu bapa
"Mengantuklah cikgu...hari ni saya bangun awal..."
Tak mahu berenggang
Berehat sambil melayan fikiran hari pertama persekolahan
"Malulah...."
Puan Che Limah  guru kelas 1 Nilam sedang melayan ibu murid menyemak pendaftaran
Sedang khusyuk mendengar taklimat guru kelas
P&P dan transisi Tahun 1 bermula...
Puan Rashidah Guru Kelas Tahun 1 Delima
Puan Ramlah Guru Kelas 1 Firus
Puan Sidah guru kelas 1 Zamrud bersama salah seorang muridnya
Murid 1 Zamrud penuh semangat memulakan pembelajaran
 
blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA