Selasa, 27 Julai 2010

MAJLIS TAUTAN UKHUWWAH

SELASA 27 JULAI - "Ahlan Wasahlan " Bertempat di dewan terbuka para warga SKPC menunggu dengan penuh sabar ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Shafii Hj Musa , Guru Besar baru SKPC. Tepat jam 11.30 pagi seperti yang dijanjikan beliau tiba bersama ahli rombongan Sek Keb Mulong 1 dan disambut dengan paluan kompang  sekolah dan persembahan silat oleh adik Mohd Mursyid dan adik Mohd Hanif.

Di iringi oleh para pentadbir sekolah ke pentas utama dan disajikan dengan persembahan oleh pasukan nasyid Nur Naim. Di ikuti dengan ucapan aluan-aluan "Selamat Datang" oleh PKP PuanHjh Rosemawati Ramli dan ucapan  sulung Tuan Haji Shafii selaku Guru Besar SKPC yang baru.


Menunggu dengan sabar ketibaan Tn Haji Shafii






blogger

Isnin, 26 Julai 2010

MAJLIS TITIPAN KASIH

ISNIN 26 JULAI - "Majlis Titipan Budi Harum Berzaman " telah diadakan bertempat di dewan SKPC bagi meraikan majlis perpisahan Tuan Guru Besar   En Azmi Hussain  bersama warga SKPC.


 Majlis dimulakan dengan menyambut ketibaan En Azmi diiringi oleh barisan pengurusan sekolah. 


 Barisan Pentadbiran Sekolah

 

Ucapan oleh wakil pelajar

Ucapan oleh wakil guru
Ustaz Mohd ShaariAb Rahman

Ucapan oleh Tuan Guru Besar
En Azmi Hussain
Majlis Penyampaian Cenderahati


Majlis Bersalaman Bersama Tuan Guru Besar



Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan



Majlis Sambutan Di Sek Keb Paloh Pintu Geng (SKPPG)


blogger

Sabtu, 24 Julai 2010

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

SABTU 24 JULAI - Majlis Lambaian kasih "Jasamu tetap dikenang" adalah satu majlis lambaian kasih kepada  Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, Encik Azmi Hussain yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Geng, Kota Bharu bermula 27 Julai.  Majlis ini di hadiri oleh semua guru , ajk PIBG dan staf sokongan bertempat di Restoran Oriental Sabrina Court.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shaari dan diikuti dengan majlis 'santapan'. Diteruskan dengan ucapan oleh PKP Puan Hjh Rosemawati sebagai pembuka bicara mewakili warga SKPC. Empat rangkap lagu didendangkan oleh Puan Rosmawati dengan merdunya. Tak sangka kak Ros kita ini orang yang berbakat dan memiliki suara setanding dengan Siti Nurhaliza dan pasti serasi bila  digandingkan dengan sifu musik  Encik Redzuan. Seterusnya ucapan daripada Pengerusi PIBG Tuan Hj Nor Zahari  yang mengakhiri ucapan beliau dengan sebuah lagu dendangan allahyarham Sudirman Hj Arshad "Pelangi Petang". Lagu tersebut ditujukan khas kepada Guru Besar Encik Azmi.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan perpisahan oleh Encik Azmi. Mengimbas segala kenangan dan suka duka beliau sepanjang berada di SKPC dengan melayan kerenah guru-guru dan murid yang pelbagai ragam. Keinginan beliau adalah untuk melihat kejayaan demi kejayaan diraih oleh seluruh warga SKPC walaupun bukan lagi diterajui oleh beliau. Walaupun terlalu berat untuk melangkah pergi meninggalkan SKPC tetapi beliau tabah meneruskannya demi perjuangan sebagai seorang guru yang rela dan bersedia bertugas walau  pun ke hujung dunia. Apatah lagi tanggungjawab besar yang digalas menambahkan ketabahan beliau sebagai seorang Guru Besar yang berkaliber. Apa yang pasti 'team' badminton guru lelaki tetap berjalan seperti biasa walaupun beliau tidak lagi bersama kami.

Kami warga guru SKPC mengucapkan selamat berjaya dan selamat memulakan tugas di tempat baru. Berada di bawah pimpinan beliau sentiasa memberi semangat kepada kami meneruskan tugas dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.  Apa yang pasti jangan lupakan kami warga SKPC.




blogger

Ahad, 11 Julai 2010

Kenangan di SKPC..


Selamat memulakan tugas di tempat baru buat Puan Wan Pauziah Wan Yakub yang telah bertukar ke Sk Sepang Putra, Sepang, Selangor. Pertukaran beliau adalah kerana mengikut suami tercinta berhijrah ke Sepang. Ketiadaan Pn Pauziah atau dikenali dengan panggilan manja kak Yah amat dirasai oleh semua warga SKPC. Beliau merupakan seorang guru yang hebat . Kehebatannya sukar ditandingi menyebabkan beliau dipertanggungjawabkan memegang pelbagai jawatan. Keletah dan coletehnya yang sentiasa menghiburkan sukar dicariganti apatah lagi beliau merupakan seorang 'emmcee' atau juruacara bagi SKPC di setiap majlis dan program sekolah. Beliau juga digelar 'Ogy Yakub' yang sentiasa di serasikan bersama 'Sir Aziz @ Aznil Aziz'. Bagi guru-guru tahun 6 dan panitia Bahasa Melayu amat merasai ketiadaan beliau kerana beliau merupakan guru pemeriksa kertas Bahasa Melayu dan Guru lawatan bagi tahun 6. Semoga kak Yah dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan jangan lupakan segala kenangan semasa bertugas di SKPC. Selamat Datang kepada Encik Khir yang mengisi kekosongan Pn Pauziah. Selamat Datang ke SKPC.
blogger

Selasa, 6 Julai 2010

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TARGET PCC 2010


KHAMIS OI JUN -  Satu perjumpaan di antara ibu bapa murid target cemerlang bersama pengerusi PIBG, Guru Besar dan guru-guru tahun 6 Delima dan 6 Zamrud telah diadakan untuk satu sesi perbincangan program-program yang akan dilaksanakan sebelum peperiksaan UPSR. Seramai 50 orang pelajar telah dipilih untuk menyertai kelas target cemerlang ini. Murid-murid dipilih berdasarkan prestasi mereka di dalam peperiksaan Ujian Pengesanan Bulan Jun baru- baru ini. Murid yang terpilih ini akan mengikuti kelas dan program yang telah disusun dan diharapkan agar ibu bapa dapat memberikan kerjasama dan komitmen ntuk kecemerlangan anak anak mereka.
blogger


Juara Kelas Ceria


Juara Perlawanan Bola Sepak Piala Guru Besar
5 Zamrud
blogger

Jumaat, 2 Julai 2010

PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM

JUMAAT 04 JUN - Perkhemahan badan uniform Sek Keb Pengkalan Chepa telah diadakan pada 04 Jun sehingga 6 Jun iaitu pada hari pertama cuti pertengahan penggal. Lokasi perkhemahan ialah di padang SKPC. Perkhemahan ini melibatkan murid tahun 4,5 dan 6 dengan penyertaan lima badan uniform iaitu Kadet Remaja, Pengakap, Tunas Puteri, PBSM dan Puteri Islam di bawah seliaan kem komandan En Azahar Yusof dan PK Ko En Aziz Hussain. Semua guru terlibat di dalam perkhemahan ini dengan tugas-tugas yang telah diagihkan mengikut unit masing-masing. 
Pelbagai aktiviti di jalankan seperti pertandingan mendirikan khemah, pertandingan kawasan perkhemahan, pertandingan kawat kaki (statik) , pertandingan masakan, pertandingan ikatan dan simpulan, pertandingan model mini gajet ,  pertandingan pertolongan cemas, solat berjemaah, tazkirah dan pertandingan kebudayaan tradisional. 
Johan keseluruhan pertandingan dimenangi oleh Unit Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di bawah pimpinan guru pembimbing iaitu Pn Hasmah (K), Pn Hasnah , Pn Hjh Sakinah , Pn Rusyati  Pn Sidah, Pn Ruhana , En Abdullah, Sir Aziz , Ustaz Shaari , En Mohd Adlan dan Pn Hamizah. Tahniah kepada para pemenang pertandingan.  Kejayaan bagi unit PBSM adalah berkat doa Ustaz Shaari..kan ustaz...Bagi unit yang tidak berjaya, cubalah nasib pada tahun hadapan. Insyallah...Majlis diakhiri dengan perasmian penutup dan penyampaian hadiah oleh Tuan Guru Besar .
Segala penat lelah berbaloi kerana guru-guru dan murid-murid menunjukkan kerjasama dan minat yang mendalam walaupun terpaksa mengorbankan  cuti persekolahan selama 3 hari .Semoga di tahun hadapan aktiviti berkhemahan ini dapat diteruskan dengan izinNya...



Para pasukan uniform berganding bahu mendirikan khemah

Pertandingan Khemah Terbaik

       Mengerjakan Solat

                          
Kudapan


Pertandingan Ikatan


Pertandingan Kawat Kaki Statik
Pasukan Pengakap


Pasukan PBSM
PasukanTunas Puteri


Pasukan Puteri Islam
Aktiviti Sepanjang Perkhemahan Berlangsung





























blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA