Rabu, 27 April 2011

Perjumpaan Ibu Bapa Dan Penyerahan Buku Rekod UBB April/Tahun 6

RABU 27 APRIL - Satu majlis perjumpaan ibu bapa dan penyerahan buku rekod murid tahun 6 telah diadakan. Para ibu bapa berkumpul seawal jam 8.30 p.m di dewan terbuka SKPC. Para murid berada di dalam kelas mengikuti kelas tambahan malam seperti biasa. Diserikan dengan ucapan utama Tuan Guru Besar ,Tuan Hj Shafii Musa yang menerangkan perkembangan dan keputusan UBB April kepada ibu bapa.
Seterusnya para ibu bapa dijemput ke kelas anak masing-masing untuk mendapatkan buku rekod dan berjumpa dengan guru kelas dan guru subjek untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak mereka.
Diharapkan majlis ini akan dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dan guru untuk membantu dan mengembeling tenaga mengarap kejayaan anak-anak.
Tuan Guru Besar sedang memberi ucapan

Ibu bapa yang hadir
Guru Tahun 6
Ibu bapa bersama Guru Kelas 6 Delima
Pn Tuan Zainu Abd Rahman

Bersama Guru Kelas 6 Zamrud
Pn Rosnani Ibrahim

Kelas 6 Nilam
En Rashidi Ya
Kelas 6 Firus
En Baharuddin Mat Zain

Kelas 6 Mutiara
Pn Che Kamariah Md Amin


blogger

Ahad, 10 April 2011

English Month


Story Time
Have fun and enjoy the story...





blogger

Khamis, 7 April 2011

Old MacDonal had a farm

blogger

The Chicken Dance - Disney

blogger

KEM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

Tempat : Dewan SKPC dan Kelas Tahun 6
Tarikh  : 10-14 April 2011
Kumpulan Sasaran : Semua murid Tahun 6

Pengisian Program:
1. Ceramah TMS Subjek oleh Pemeriksa Kertas/GC
2. Latih tubi berasaskan modul berdasarkan tajuk atau kemahiran bermasalah.

Penceramah:
BM  : En Muhammed Asri Ibrahim (Sk Tapang)
BI    : En Abd Aziz Mukhtar ( Sk Pengkalan Chepa)
M3  : En Shahidan Che Mat (Sk Tg Mas)
SNS: En Shariman Shahidan (PEKA Negeri)

Add caption
Add caption
Murid sedang menikmati hidangan tengahari...
PKP En  Yusop bersama Guru Displin En Abdullah
PKP bersama En Kamaruddin, En Abdullah dan En Rashidi
Ahli Panel Matematik sedang merancang aktiviti murid tahun 6
 Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris
Oleh En Ab Aziz Mukhtar
Sesi Cergas Minda
"Chicken Dance"

 
Para peserta begitu khusyuk mendengar taklimat oleh penceramah
Perasmian Penutup Oleh Tuan Guru Besar Hj Shafii Musa
blogger

Rabu, 6 April 2011

FESTIVAL NASYID QIT PENG CHEPA 2011

 

Peserta Nasyid SK Pengkalan Chepa
Bertemakan Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji, festival Nasyid Peringkat QIT Pengkalan Chepa telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Gemilang Sk Pengkalan Chepa.. Sebanyak 14 buah sekolah mengambil bahagian iaitu Sk Sabak, Sk Kemumin, Sk Dato Hashim 1, Sk Kem, Sk Pulau Gajah, Sk Dato Hashim 2, SK Demit 2, Sk Panji, Sk Tanjong Mas, Sk Tapang, SRA Tg Amalin A'ishah, Sk Seri Cempaka, Sk Parang Puting dan Sk Pengkalan Chepa.

Pertandingan dihakimi oleh Ustaz Mohd Salahuddin Mohamed selaku ketua juri. Ustazah Nora Dullah kategori suara. Ustazah Halimah Zakaria sebagai hakim lagu. Ustazah Che Aida Ismail kategori lirik dan ketegori persembahan dihakimi oleh Ustazah Balqis Samsudin.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh  Ustaz Azizi Nik Mohamed , Pegawai Pendidikan Islam (j-QAF), PPD Kota Bharu.

Ustaz Salahudin Mohamed selaku Ketua Hakim
mengumumkan keputusan pertandingan

Tempat Pertama : SK Pengkalan Chepa (Soutur Ridhwan)
Tempat Kedua : SK Demit 2 (Soutur Rijal)
Tempat Ketiga : SK Panji ( Soutun Nadwah)
 Majlis bersurai pada jam 1.15 tengahari. Panjang umur tahun hadapan  kita bernasyid lagi.Wasalam.
blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA