Rabu, 6 April 2011

FESTIVAL NASYID QIT PENG CHEPA 2011

 

Peserta Nasyid SK Pengkalan Chepa
Bertemakan Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji, festival Nasyid Peringkat QIT Pengkalan Chepa telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Gemilang Sk Pengkalan Chepa.. Sebanyak 14 buah sekolah mengambil bahagian iaitu Sk Sabak, Sk Kemumin, Sk Dato Hashim 1, Sk Kem, Sk Pulau Gajah, Sk Dato Hashim 2, SK Demit 2, Sk Panji, Sk Tanjong Mas, Sk Tapang, SRA Tg Amalin A'ishah, Sk Seri Cempaka, Sk Parang Puting dan Sk Pengkalan Chepa.

Pertandingan dihakimi oleh Ustaz Mohd Salahuddin Mohamed selaku ketua juri. Ustazah Nora Dullah kategori suara. Ustazah Halimah Zakaria sebagai hakim lagu. Ustazah Che Aida Ismail kategori lirik dan ketegori persembahan dihakimi oleh Ustazah Balqis Samsudin.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh  Ustaz Azizi Nik Mohamed , Pegawai Pendidikan Islam (j-QAF), PPD Kota Bharu.

Ustaz Salahudin Mohamed selaku Ketua Hakim
mengumumkan keputusan pertandingan

Tempat Pertama : SK Pengkalan Chepa (Soutur Ridhwan)
Tempat Kedua : SK Demit 2 (Soutur Rijal)
Tempat Ketiga : SK Panji ( Soutun Nadwah)
 Majlis bersurai pada jam 1.15 tengahari. Panjang umur tahun hadapan  kita bernasyid lagi.Wasalam.
blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA