Ahad, 21 Mac 2010

PENYAMPAIAN HADIAH GALAKAN UBB1

AHAD, 21 MAC 2010 - Melengkapi acara perhimpunan pagi ini, Penyampaian Hadiah Galakan UBB1 telah disempurnakan oleh En. Azmi Bin Hussain selaku Guru Besar SK Pengkalan Chepa. Hadiah berupa wang galakan telah diberi kepada murid tahap 1 dan tahap 2 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UBB1.

Objektif utama adalah sebagai satu usaha bagi menyuntik semangat kepada murid-murid untuk bersaing dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. En. Azmi Bin Hussain dalam ucapannya berharap, agar murid-murid lebih bermotivasi dan saling bersaing dalam pembelajaran bukan semata-mata kerana imbuhan yang disediakan, tetapi demi masa depan yang lebih cerah. Budaya cemerlang 5A perlu dipupuk dari peringkat bawah bermula dari Tahun 1 lagi untuk menjamin kesinambungan kecemerlangan UPSR sebagaimana yang dirancangkan.

Bagi semua murid yang telah berjaya, tahniah diucapkan. Bagi yang tidak berpeluang, jangan putus asa. Masih ade ruang kalau ada kesungguhan. Selamat mencuba!

En. Abd Aziz Bin Mukhtar selaku SU Peperiksaan membacakan keputusan UBB1 seterusnya mengumumkan senarai nama murid yang mendapat keputusan cemerlang

Ada sesuatu yang diperkata oleh Guru Besar, En. Azmi Bin Hussain buat salah seorang daripada murid yang menerima hadiah galakan tersebut
blogger

AHLAN WASAHLAN PK HEM BARU

AHAD 21 MAC 2010 - Seluruh warga SK Pengkalan Chepa mengalu-alukan kehadiran Penolong Kanan HEM yang baru Hj. Mohd Onn Bin Muhamad, menggantikan Pn. Hjh Rosemawati Binti Ramli yang dinaikkan pangkat menyandang jawatan Penolong Kanan Pentadbiran SKPC.

Hj. Mohd Onn Bin Muhamad berasal dari Kampung Demit, Kubang Kerian.
Beliau menetap di Lot 10, Lorong Pak Tih Soh, Off Jln RPZ 2, Kubang Kerian.

Pengalaman mengajar beliau :
  • 1 tahun di SK. Sri Besout, Sungkai, Perak
  • 6 tahun di SK. Besout 4, Sungkai Perak
  • 5 tahun di SK. Kolam, Bachok
  • 5 tahun di SK. Lundang
  • 5 tahun di SK. Sultan Ismail 4 (PK Kokurikulum)
Semoga dengan kehadiran beliau akan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran sekolah. Selamat bertugas di tempat baru.

Berbincang dengan mantan PK HEM, Pn. Hjh Rosemawati Binti Ramli
blogger

Khamis, 11 Mac 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL

11 MAC 2010 (KHAMIS)
8:00 HINGGA 10:30 PAGI


OBJEKTIF :

  • Mengambil pengajaran daripada keperibadian mulia Nabi Muhammad S.A.W agar dapat dihayati dalam kehidupan seharian.
  • Memberi kesedaran mengenai kelebihan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan membudayakan Selawat Nabi dalam kehidupan.
  • Member pendedahan kepada guru-guru dan murid-murid tentang peristiwa kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W
SASARAN :
  • Semua murid Tahun 1 hingga 6
  • Semua guru dan kakitangan sekolah
  • Semua guru KAFA SK Pengkalan Chepa
AKTIVITI :
  • Bacaan Al-Quran
  • Persembahan Nasyid
  • Ceramah Maulid
  • Berselawat
GAMBAR SEPANJANG PROGRAM :





blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA