Selasa, 28 Disember 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

blogger

Pengumuman

Mesyuarat Guru akan diadakan di Bilik Gerakan Sekolah pada 30 Disember 2010 pada jam 9.00 pagi.
blogger

Ahad, 26 Disember 2010

Pendaftaran Tahun Satu

Pendaftaran murid baru Tahun Satu sesi 2011 pada 29 Disember 2010 BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
blogger

Khamis, 23 Disember 2010

Tahniah...


Tahniah Puan Hajah Rosemawati Ramli (PKP)
di atas pelantikan sebagai
Guru Besar SK Chicha Menyabung, Kota Bharu
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
blogger

Rabu, 22 Disember 2010

LearnEnglish - How to Learn English: Teaching Aids/Resources

Salam...
kepada warga pendidik SKPC
Sila 'Klik' link di bawah untuk mendapat info KSSR
Terima kasih

LearnEnglish - How to Learn English: Lesson Plan: "Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Bahasa MelayuTAHUN 1 Bahasa Inggeris TAHUN 1 Matematik TAHUN 1 Sains TAHUN 1 Rancangan Pengajaran Tahun..."

LearnEnglish - How to Learn English: Specification (Huraian Sukatan Pelajaran): "HSP Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KSSR Bahasa Melayu Tahun 1 SK
KSSR Bahasa Melayu Tahun 1 SJK
KSSR English Tahun 1 SK
KSSR En..."


LearnEnglish - How to Learn English: Teaching Aids/Resources: "Bahan Sokongan KSSR BM Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR BI Tahun 1
Bahan Sokongan KSSR BC Tahun 1 SJKC
Bahan Sokongan KSSR BC Tahun 1 SK
blogger

Ahad, 5 Disember 2010

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermula 2011

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.
sumber: http://skpemanis1.com
blogger

Isnin, 15 November 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

15 NOV - Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan bagi tahun 1-6 telah disempurnakan oleh PKP Puan Hjh Rosemawati mewakili Tuan Guru Besar. Majlis berlangsung di dewan terbuka SKPC dengan kehadiran ibu bapa yang memberikan sokongan atas pencapaian anak-anak mereka.Dimulakan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Shaari Ab Rahman dan disusuli pula ucapan oleh PKP Pn Hjh Rosemawati.
Hadiah kecemerlangan tahun 1-3 disampaikan oleh PK Hem En Mohd Onn dan bagi tahun 4-6 di sampaikan oleh Pn Hjh Rosemawati.
Ibu Bapa yang hadir memberikan sokongan
Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Shaari sebagai pembuka majlis

Ucapan oleh PKP Pn Hjh Rosemawati Ramli mewakili Tuan Guru Besar






blogger

Ahad, 14 November 2010

HARI KANTIN 2010

14 NOV - Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek Keb Pengkalan Chepa telah menganjurkan Hari Kantin. Bertempat di garaj kereta guru sebanyak 12 buah gerai telah dibuka. Gerai-gerai tersebut adalah gerai kek,gerai air kelapa, gerai roti, gerai makanan kering, gerai aiskrim, gerai minuman, gerai keropok goreng dan fishball, gerai burger, gerai dadih/kuih malah, gerai nasi hujan panas dan ayam masak merah, gerai nasi lemak dan gerai rojak buah.
Seawal pagi lagi para guru, pekerja dan guru Kafa bersiap sedia dengan masakan dan membuat persediaan untuk membuka gerai jualan. Murid-murid dikumpulkan di dewan untuk perhimpunan pagi di samping menonton persembahan nasyid, dikir barat dan kumpulan wonder girls.
Penjualan di gerai-gerai bermula pada waktu rehat murid tahap 1 dan 2. Selepas rehat , murid dikumpulkan di dewan kembali untuk acara pertandingan mewarna. Majlis bersurai pada jam 12.45 tengahari.








blogger

Khamis, 11 November 2010

Tahniah 5A'

 

11 Nov - Tahniah kepada warga SKPC di atas peningkatan pencapaian keputusan UPSR 2010.Seramai 36 orang murid berjaya memperolehi 5A. Inilah pencapaian tertinggi SKPC di dalam peperiksaan UPSR. Tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus mengajar dan mencurah ilmu tanpa mengenal erti jemu.Kepada murid yang berjaya syabas dan tahniah daripada kami warga pendidik SKPC dan kepada yang tidak berjaya , teruskan usaha anda di peringkat sekolah menengah. Insyallah anda pasti berjaya. Kegagalan hari ini bukannya kegagalan buat selamanya. Ia hanyalah sebagai pengukur pencapaian di sekolah rendah. Doa dari kami warga pendidik SKPC semoga semua murid tahun 6/2010 berjaya di dalam SPM dan menjadi manusia berguna kepada bangsa dan negara.






blogger

Rabu, 10 November 2010

JAMUAN GURU

04 OKT - Jamuan Akhir Tahun Guru  tiba sebagaimana tahun sebelumnya  menandakan akan berakhir sesi persekolahan bagi tahun 2010. Bertempat di Hotel Raudhah, Kota Bharu, majlis bermula pada jam 12 tengahari.
Guru-guru yang bertukar iaitu Puan Wan Pauziah dan mantan Guru Besar, Encik Azmi Hussin turut diraikan di majlis ini.


blogger

Selasa, 9 November 2010

TAHUN 6

09 OKT - Jamuan bagi murid tahun Enam telah diadakan di Hotel Ridel, Kota Bharu pada jam 1.00 tengahari. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan berupa nasihat dan pesanan Tuan Guru Besar kepada anak-anak didik tahun  enam yang akan melangkah ke sekolah menengah pada tahun hadapan. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh wakil pelajar. Diikuti dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Shaari. Sementara menunggu hidangan disajikan oleh pihak hotel, majlis diserikan dengan persembahan pelajar perempuan 6 Nilam yang dikenali sebagai kumpulan ' Wonder Girls" dibawah pimpinan En Shariffudin.
Cabutan bertuah dimulakan dengan sebanyak 10 nombor dicabut oleh PK Ko, En Aziz Husin. Seperti yang dijanjikan, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan memasak yang telah diadakan baru-baru ini. Para pemenang dari kelas 6 Delima, 6 Zamrud dan 6 Firus yang berjaya telah menerima hadiah sumbangan pihak sekolah dan badan koparat  yang sudi menaja hadiah berupa hamper kepada para peserta pertandingan.
Wakil tahun 6 Delima , menyampaikan pantun seloka yang sungguh mencuit hati para tetamu. Ditujukan khas kepada para pentadbir dan guru yang mengajar kelas tersebut. Pantun seloka ini dihasilkan oleh murid 6 Delima sendiri. Acara cabutan bertuah diteruskan  dan kepada para murid yang bertuah diucapkan tahniah.
Persembahan 'shuffle' oleh pelajar lelaki daripada kelas 6 Nilam dan Firus menyegarkan mata dengan aksi -aksi lincah mereka. Sementara persembahan drama oleh murid 6 Zamrud mengamatkan suasana . Penyampaian cenderahati kepada para guru tahun 6 yang telah mencurah ilmu tanpa mengira waktu dan masa dihargai oleh pihak sekolah telah  disampaikan oleh PKP, Ph Hjh Rosemawati.
Majlis bersurai pada jam 3 petang. Segala kenangan bersama guru dan sekolah  diharapkan akan terus terpahat di hati semua murid tahun Enam 2010. Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan para penaja yang sudi menjayakan majlis ini . Alhamdulilah, dengan izin Allah,  majlis ini berjalan dengan jayanya walaupun dalam debaran menunggu keputusan UPSR yang akan diumumkan pada 11 Okt ini. Semoga kejayaan bersama kita. Amin.








blogger

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

08 OKT- Majlis khatam Al-Quran murid tahun 5 dan 6 telah diadakan di dewan terbuka SKPC. Murid diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh pasukan kompang sekolah dan diiringi sehingga ke pentas dewan utama. Majlis dimulakan pada jam 11 pagi.






Aturcara Majlis

Pendaftaran Peserta Khatam al Quran

Bacaan doa 
Oleh Ustaz Mohd Shaari Ab Rahman

Bacaan al Quran oleh murid

Ucapan Aluan Dan Perasmian oleh Guru Besar
Tn Hj Shafii b Hj Musa

Majlis khatam al Quran
Di ketuai oleh Imam Masjid Al Salam,
Tn Hj Abdul Razak Ibrahim
Bilangan murid: Tahun 6 - 37 orang
Tahun 5 - 27 orang

Doa khatam al Quran

Agihan pulut semangat kepada murid khatam al Quran

Persembahan Nasyid

Penyampaian hadiah

Majlis bersurai BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
blogger

Sabtu, 6 November 2010

LAWATAN TAHUN 6

27-29 Okt - Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke Tambun, Perak pada 27-29 Oktober baru-baru ini berjalan lancar. Dua buah bas bersama murid seramai 80 orang dan guru pengiring seramai 10 orang.

Catatan Perjalanan
****************
27 Oktober (Rabu)
* bertolak 8.30 pagi
* melawat Zoo Taiping
* check in di Taman Klebang, Ipoh

28 Oktober(Khamis)
10 am bertolak ke Lost World of Tambun

29 Oktober (Jumaat)
ke kilang Labu Sayong, Kuala Kangsar
makan tengahari di Kuala Kangsar
singgah di Puncak Titiwangsa
 bertolak pulang
 solat Maghrib di Masjid Telipot
selamat tiba di sekolah pada 8.30 pm





blogger

Isnin, 1 November 2010

LAWATAN KE TERENGGANU & KUANTAN

24-26 Okt - Rombongan lawatan badan Pengawas Sekolah ke Terengganu dan Kuantan berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulilah pelbagai pengalaman baru dikutip sepanjang lawatan sambil belajar ini. Lawatan ini melibatkan pengawas sekolah tahun 5 dan 4 dengan pengawasan 4 orang guru displin sekolah.

Catatan Perjalanan
24/10 - Jumaat
    3.00-4.00pm - Berkumpul di sekolah dan bertolak ke destinasi
    6.00-7.30pm - Solat Maghrib di Masjid Kristal              
  8.00-11.00pm - Meneruskan perjalanan ke Ajil                           
11.00-12.00pm - Melawat pusat percetakan suratkhabar  Berita Harian          
  12.00-4.00pm - Meneruskan perjalanan ke Gambang                      
    5.00-6.00am - Solat subuh di masjid Jalan Gambang       
    7.00-8.30am - Bersarapan di restoran
  10.00-4.00pm - Ke Taman Tema Gambang
    4.00-6.00pm - Bertolak ke asrama SK Cherating
   8.00-9.30pm  - Makan malam di Bangunan UMNO
         10.00pm  - Bermalam di asrama SK Cherating
  
25/10- Sabtu
   9.00-10.00am -  Bersarapan di rumah keluarga Encik Azahar
   10.00-1.00pm -  Bertolak ke Kuala Terengganu
  11.00-2.30pm  -  Membeli-belah di Pasar Payang
     3.00-3.45pm -  Ke Planetrium
    4.00-5.00pm  -  Ke Muzium Negeri
    5.00           pm   -  Bertolak pulang
    9.30           pm   -  Selamat sampai di SKPC











blogger

Isnin, 25 Oktober 2010

JOM MASAK...

ISNIN 25 OKTOBER - Program Pasca tahun 6 diteruskan dengan pertandingan memasak 'nasi goreng' . Pertandingan dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Inggeris yang diterajui oleh En  Abd Aziz (6 Delima & 6 Zamrud) bersama dengan Pn Noor Anita ( 6 Firus).
Objekif pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama di antara murid serta memberi pendedahan menyediakan masakan samada untuk diri sendiri atau pun keluarga. Di hakimi oleh PKP 1 Puan Hjh Rosemawati, para murid dengan penuh debaran menunggu keputusan. Keputusan  akan diumumkan di majlis jamuan perpisahan tahun 6 yang akan diadakan di Sweet Beach Resort,Tok Bali pada 11 November.
Pelbagai jenis masakan nasi goreng disediakan. Nasi goreng pattaya, nasi goreng cina, nasi goreng kampung, nasi kerabu goreng dan nasi goreng daging merah bersama udang butter, nasi goreng thai, nasi goreng americana dan nasi goreng arabic. Suasana yang sungguh meriah dengan bunyi kuali dan sudip memeriahkan pertandingan ini.
Ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, Tuan Haji Shafii yang sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan tugasan sama-sama turun padang dan memberi komen serta pandangan bernas beliau. Wajah-wajah gembira dalam debaran terpancar di wajah para murid apabila GB dan PKP menjamah hidangan yang disediakan.
Pn Hjh Rosemawati memberikan sedikit ucapan mewakili Tuan Guru Besar. Beliau  mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang terlibat menjayakan pertandingan ini. Diharap murid dapat menggunakan segala kemahiran yang dipelajari dengan menyediakan hidangan kepada ahli keluarga di rumah nanti.
Tahniah....









blogger

Isnin, 18 Oktober 2010

PROGRAM BULAN OKT/NOV

22-24 Oktober 2010
Lawatan Pengawas Sekolah ke Gambang, Pahang

22-23 Oktober 2010
Kem Bestari Solat Tahap 1

25-26 Oktober 2010
Ujian KAFA tahun 2-4

27-29 Oktober 2010
Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke Tambun, Perak.

01-03 November 2010
Ujian Akhir Tahun (UBB 5)

04 November 2010
Jamuan Akhir Tahun Guru


08-09 November 2010
Kem Bestari Solat Tahap 2 (tahun 4 & 5)

08 November 2010
Jamuan Kelas Tahap 2

09 November 2010
Jamuan kelas Tahap 1

10 November 2010
Jamuan Pengawas Sekolah

11 November 2010
Jamuan Murid Tahun 6 di Sweet Beach Resort, Tok Bali

14 November 2010
Hari Kantin
blogger

Rabu, 13 Oktober 2010

Khamis, 7 Oktober 2010

PROGRAM PASCA UPSR

PERTANDINGAN MEMBUAT SANDWICH
6 FIRUS/2010


blogger

Khamis, 30 September 2010

MAJLIS MESRA ADILFITRI

KHAMIS 30 SEPT - Kemeriahan suasana  bulan Syawal masih hangat walaupun hari ni kita sudah berada di 21 Syawal. Sambutan Hari Raya peringkat sekolah sungguh ceria dan meriah sekali. Pelbagai acara  menarik disajikan kepada warga SKPC. Gandingan juruacara majlis En Sharifuddin dan Pn Hamizah menghangatkan suasana dengan celoteh dan komen spontan mereka. Alangkah meriahnya lagi majlis ini sekiranya Kak Wan Pauziah ada bersama kita...(saja je nak suruh kak Yah sedih) dan balik semula mengajar di  SKPC.

Berkumpul di dewan terbuka seawal pagi dan dimulakan dengan  nyanyian lagu "Negaraku, 'Selamat Sultan' dan ' lagu Sekolah' . Ucapan oleh Tuan Guru Besar, Tn Hj Shafii sebagai pembuka majlis.

Majlis hari raya diteruskan dengan persembahan lagu raya oleh para guru dan pelajar. Pn Zuzila dan En Shariffudin menghangatkan suasana dengan nyanyian lagu secara duet. Diikuti dengan En Ab Aziz dan En Zahidan dengan lagu dua versi English dan B. Melayu "Insyallah". En Rashidi meneruskan persembahan secara solo. Persembahan lagu raya oleh pelajar tahap 2 dan persembahan dikir barat yang  hebat oleh pelajar tahun 5 dan 6 . Pn Fazidah, mantan guru cemerlang menunjukkan 'bakat terpendam' yang disimpan selama 41 tahun. Menurut beliau ini adalah persembahan nyanyiannya kali kedua di usia 51 tahun setelah menunjukkan bakat kali pertama pada usia 11 tahun...Hebat - hebat rupanya para guru SKPC ini.

Acara "busana hari raya" oleh model-model yang dipilih secara rawak oleh guru diteruskan. Pemilihan adalah berdasarkan busana hari raya yang cantik, menarik, sopan dan anggun. Pertandingan busana dimulakan oleh murid tahap 1. Pelbagai aksi "cat walk" dengan pelbagai gaya oleh para model dan jelitawan SKPC mengamatkan suasana.

Majlis berehat seketika untuk memberi peluang kepada murid-murid menikmati juadah hari raya yang disediakan oleh guru kelas dan acara " kelas terbuka" oleh para guru dari kelas ke kelas.

Pada jam 11 pagi acara pentas diteruskan dengan nyanyian murid tahun 5 Delima. Pn Zuzila pula bertukar pasangan dan meneruskan persembahan duet bersama guru muzik tersohor En Redzuan. Pertandingan busana tahap 2 diteruskan untuk menghangatkan suasana selepas acara 'kelas terbuka' dan dihakimi oleh Sir Aziz, Pn Wan Faizah dan Pn Noor Anita.

Acara kemuncak adalah acara  pilihan' busana raya sedondon' di antara guru lelaki dan guru perempuan. Setelah penilaian  dibuat,  para hakim  dan ahli-ahlinya sebulat suara memilih Tuan Guru Besar, Tn Hj Shafii dan Pn Zarina sebagai juara . Pasangan ini bersama-sama  memilih dan mengayakan warna ' Ungu '. Tn  Hj Shafii sungguh segak dan tampan mengenakan baju Melayu dan samping ungu manakala Pn Zarina dengan berbaju kurung ungu bertahtakan manik-manik . Sungguh menawan dan sedondon. Pn Zarina telah berjaya mempertahankan tahtanya sebagai juara sedondon buat kali ke 2 berturut-turut. Tahniah... dan atas permintaan para peminat , pasangan sedondon ini  diminta menyanyikan sebuah lagu raya. Mereka berduet mendendangkan lagu 'Suasana di Hari Raya'. Sporting sungguh....
 






Sekian...Panjang umur dan murah rezeki tahun hadapan kita 'beraya' lagi.

Terima kasih kepada semua warga guru, kakitangan sekolah dan para murid yang bersama-sama memeriahkan majlis Hari Raya 2010.
blogger

Sabtu, 25 September 2010

UPSR...UPSR

Alhamdulilah setelah penat dan berhempas pulas selama tiga hari 21-23 September, akhirnya selesailah perjuangan anak-anakdidik  tahun enam. Tetapi perjuangan sepenuhnya masih belum selesai kerana ini hanyalah satu daripada seribu perjuangan. Tahniah dan Syabas kerana berjaya menjawab kelima-lima soalan dengan tabah. Semoga kejayaan akan bersama kita apabila keputusan UPSR diumumkan kelak...INSYALLAH
blogger

Jumaat, 17 September 2010

Selamat menghadapi UPSR


Seluruh warga SKPC mendoakan semoga semua pelajar tahun 6 memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2010 . Semoga kejayaan  akan terus bersama kita.

blogger

Khamis, 2 September 2010

SATU HARI DI HARI RAYA - M NASIR

blogger

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Hariraya Dan Selamat Balik Kampung kepada warga SK Pengkalan Chepa.
blogger

MAKLUMAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Cuti Pertengahan Penggal 2 dan Cuti Hari Raya Aidilfitri bermula pada 03.09.2010 hingga 13.09.2010. 
Sekolah akan dibuka semula pada 14.09.2010 (Selasa).
Sekian, harap maklum.
blogger

DUIT RAYA & ZAKAT

RABU- 01 SEPT - Bertempat di dewan terbuka SKPC satu majlis sumbangan duit raya dan zakat sempena Aidilfitri 2010 telah diadakan. Pendaftaran ibu bapa penerima zakat bermula pada jam 8 pagi. Murid yang terlibat berkumpul di dewan bersama ibu bapa yang dijemput.Seramai 45 orang anak yatim dan 206 orang murid miskin layak menerima sumbangan ini.
Majlis dimulakan bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Zaid. Diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar, Haji Shafii Hj Musa. Majlis diteruskan dengan penyampaian duit raya kepada anak yatim dan murid miskin. Penyampaian duit zakat kepada ibu bapa telah diwakilkan kepada Tuan Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Majlis bersurai pada jam 10 pagi.

Penghargaan

Ahli Jawatankuasa Mahlis Penyampaian Sumbangan Duit Raya
Dan Zakat sempena Sambutan Aidilfitri SK Pengkalan Chepa
ingin menyulam rasa penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih
kepada:
  • Syarikat-syarikat
  • Orang perseorangan dan ibubapa
  • Semua warga guru dan staf sokongan SK Pengkalan Chepa
Segala apa yang telah disumbangkan, hanya Allah jua yang dapat membalasnya.


Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud:
"Bentengkanlah harta kamu dengan zakat dan ubatilah penyakit kamu dengan sedekah"
- Riwayat Tabrani -
blogger

Isnin, 30 Ogos 2010

MERDEKA...


31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka



blogger

Selasa, 27 Julai 2010

MAJLIS TAUTAN UKHUWWAH

SELASA 27 JULAI - "Ahlan Wasahlan " Bertempat di dewan terbuka para warga SKPC menunggu dengan penuh sabar ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Shafii Hj Musa , Guru Besar baru SKPC. Tepat jam 11.30 pagi seperti yang dijanjikan beliau tiba bersama ahli rombongan Sek Keb Mulong 1 dan disambut dengan paluan kompang  sekolah dan persembahan silat oleh adik Mohd Mursyid dan adik Mohd Hanif.

Di iringi oleh para pentadbir sekolah ke pentas utama dan disajikan dengan persembahan oleh pasukan nasyid Nur Naim. Di ikuti dengan ucapan aluan-aluan "Selamat Datang" oleh PKP PuanHjh Rosemawati Ramli dan ucapan  sulung Tuan Haji Shafii selaku Guru Besar SKPC yang baru.


Menunggu dengan sabar ketibaan Tn Haji Shafii






blogger

Isnin, 26 Julai 2010

MAJLIS TITIPAN KASIH

ISNIN 26 JULAI - "Majlis Titipan Budi Harum Berzaman " telah diadakan bertempat di dewan SKPC bagi meraikan majlis perpisahan Tuan Guru Besar   En Azmi Hussain  bersama warga SKPC.


 Majlis dimulakan dengan menyambut ketibaan En Azmi diiringi oleh barisan pengurusan sekolah. 


 Barisan Pentadbiran Sekolah

 

Ucapan oleh wakil pelajar

Ucapan oleh wakil guru
Ustaz Mohd ShaariAb Rahman

Ucapan oleh Tuan Guru Besar
En Azmi Hussain
Majlis Penyampaian Cenderahati


Majlis Bersalaman Bersama Tuan Guru Besar



Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan



Majlis Sambutan Di Sek Keb Paloh Pintu Geng (SKPPG)


blogger

Sabtu, 24 Julai 2010

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

SABTU 24 JULAI - Majlis Lambaian kasih "Jasamu tetap dikenang" adalah satu majlis lambaian kasih kepada  Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, Encik Azmi Hussain yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Geng, Kota Bharu bermula 27 Julai.  Majlis ini di hadiri oleh semua guru , ajk PIBG dan staf sokongan bertempat di Restoran Oriental Sabrina Court.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shaari dan diikuti dengan majlis 'santapan'. Diteruskan dengan ucapan oleh PKP Puan Hjh Rosemawati sebagai pembuka bicara mewakili warga SKPC. Empat rangkap lagu didendangkan oleh Puan Rosmawati dengan merdunya. Tak sangka kak Ros kita ini orang yang berbakat dan memiliki suara setanding dengan Siti Nurhaliza dan pasti serasi bila  digandingkan dengan sifu musik  Encik Redzuan. Seterusnya ucapan daripada Pengerusi PIBG Tuan Hj Nor Zahari  yang mengakhiri ucapan beliau dengan sebuah lagu dendangan allahyarham Sudirman Hj Arshad "Pelangi Petang". Lagu tersebut ditujukan khas kepada Guru Besar Encik Azmi.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan perpisahan oleh Encik Azmi. Mengimbas segala kenangan dan suka duka beliau sepanjang berada di SKPC dengan melayan kerenah guru-guru dan murid yang pelbagai ragam. Keinginan beliau adalah untuk melihat kejayaan demi kejayaan diraih oleh seluruh warga SKPC walaupun bukan lagi diterajui oleh beliau. Walaupun terlalu berat untuk melangkah pergi meninggalkan SKPC tetapi beliau tabah meneruskannya demi perjuangan sebagai seorang guru yang rela dan bersedia bertugas walau  pun ke hujung dunia. Apatah lagi tanggungjawab besar yang digalas menambahkan ketabahan beliau sebagai seorang Guru Besar yang berkaliber. Apa yang pasti 'team' badminton guru lelaki tetap berjalan seperti biasa walaupun beliau tidak lagi bersama kami.

Kami warga guru SKPC mengucapkan selamat berjaya dan selamat memulakan tugas di tempat baru. Berada di bawah pimpinan beliau sentiasa memberi semangat kepada kami meneruskan tugas dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.  Apa yang pasti jangan lupakan kami warga SKPC.




blogger

Ahad, 11 Julai 2010

Kenangan di SKPC..


Selamat memulakan tugas di tempat baru buat Puan Wan Pauziah Wan Yakub yang telah bertukar ke Sk Sepang Putra, Sepang, Selangor. Pertukaran beliau adalah kerana mengikut suami tercinta berhijrah ke Sepang. Ketiadaan Pn Pauziah atau dikenali dengan panggilan manja kak Yah amat dirasai oleh semua warga SKPC. Beliau merupakan seorang guru yang hebat . Kehebatannya sukar ditandingi menyebabkan beliau dipertanggungjawabkan memegang pelbagai jawatan. Keletah dan coletehnya yang sentiasa menghiburkan sukar dicariganti apatah lagi beliau merupakan seorang 'emmcee' atau juruacara bagi SKPC di setiap majlis dan program sekolah. Beliau juga digelar 'Ogy Yakub' yang sentiasa di serasikan bersama 'Sir Aziz @ Aznil Aziz'. Bagi guru-guru tahun 6 dan panitia Bahasa Melayu amat merasai ketiadaan beliau kerana beliau merupakan guru pemeriksa kertas Bahasa Melayu dan Guru lawatan bagi tahun 6. Semoga kak Yah dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan jangan lupakan segala kenangan semasa bertugas di SKPC. Selamat Datang kepada Encik Khir yang mengisi kekosongan Pn Pauziah. Selamat Datang ke SKPC.
blogger

Selasa, 6 Julai 2010

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TARGET PCC 2010


KHAMIS OI JUN -  Satu perjumpaan di antara ibu bapa murid target cemerlang bersama pengerusi PIBG, Guru Besar dan guru-guru tahun 6 Delima dan 6 Zamrud telah diadakan untuk satu sesi perbincangan program-program yang akan dilaksanakan sebelum peperiksaan UPSR. Seramai 50 orang pelajar telah dipilih untuk menyertai kelas target cemerlang ini. Murid-murid dipilih berdasarkan prestasi mereka di dalam peperiksaan Ujian Pengesanan Bulan Jun baru- baru ini. Murid yang terpilih ini akan mengikuti kelas dan program yang telah disusun dan diharapkan agar ibu bapa dapat memberikan kerjasama dan komitmen ntuk kecemerlangan anak anak mereka.
blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA