Khamis, 30 September 2010

MAJLIS MESRA ADILFITRI

KHAMIS 30 SEPT - Kemeriahan suasana  bulan Syawal masih hangat walaupun hari ni kita sudah berada di 21 Syawal. Sambutan Hari Raya peringkat sekolah sungguh ceria dan meriah sekali. Pelbagai acara  menarik disajikan kepada warga SKPC. Gandingan juruacara majlis En Sharifuddin dan Pn Hamizah menghangatkan suasana dengan celoteh dan komen spontan mereka. Alangkah meriahnya lagi majlis ini sekiranya Kak Wan Pauziah ada bersama kita...(saja je nak suruh kak Yah sedih) dan balik semula mengajar di  SKPC.

Berkumpul di dewan terbuka seawal pagi dan dimulakan dengan  nyanyian lagu "Negaraku, 'Selamat Sultan' dan ' lagu Sekolah' . Ucapan oleh Tuan Guru Besar, Tn Hj Shafii sebagai pembuka majlis.

Majlis hari raya diteruskan dengan persembahan lagu raya oleh para guru dan pelajar. Pn Zuzila dan En Shariffudin menghangatkan suasana dengan nyanyian lagu secara duet. Diikuti dengan En Ab Aziz dan En Zahidan dengan lagu dua versi English dan B. Melayu "Insyallah". En Rashidi meneruskan persembahan secara solo. Persembahan lagu raya oleh pelajar tahap 2 dan persembahan dikir barat yang  hebat oleh pelajar tahun 5 dan 6 . Pn Fazidah, mantan guru cemerlang menunjukkan 'bakat terpendam' yang disimpan selama 41 tahun. Menurut beliau ini adalah persembahan nyanyiannya kali kedua di usia 51 tahun setelah menunjukkan bakat kali pertama pada usia 11 tahun...Hebat - hebat rupanya para guru SKPC ini.

Acara "busana hari raya" oleh model-model yang dipilih secara rawak oleh guru diteruskan. Pemilihan adalah berdasarkan busana hari raya yang cantik, menarik, sopan dan anggun. Pertandingan busana dimulakan oleh murid tahap 1. Pelbagai aksi "cat walk" dengan pelbagai gaya oleh para model dan jelitawan SKPC mengamatkan suasana.

Majlis berehat seketika untuk memberi peluang kepada murid-murid menikmati juadah hari raya yang disediakan oleh guru kelas dan acara " kelas terbuka" oleh para guru dari kelas ke kelas.

Pada jam 11 pagi acara pentas diteruskan dengan nyanyian murid tahun 5 Delima. Pn Zuzila pula bertukar pasangan dan meneruskan persembahan duet bersama guru muzik tersohor En Redzuan. Pertandingan busana tahap 2 diteruskan untuk menghangatkan suasana selepas acara 'kelas terbuka' dan dihakimi oleh Sir Aziz, Pn Wan Faizah dan Pn Noor Anita.

Acara kemuncak adalah acara  pilihan' busana raya sedondon' di antara guru lelaki dan guru perempuan. Setelah penilaian  dibuat,  para hakim  dan ahli-ahlinya sebulat suara memilih Tuan Guru Besar, Tn Hj Shafii dan Pn Zarina sebagai juara . Pasangan ini bersama-sama  memilih dan mengayakan warna ' Ungu '. Tn  Hj Shafii sungguh segak dan tampan mengenakan baju Melayu dan samping ungu manakala Pn Zarina dengan berbaju kurung ungu bertahtakan manik-manik . Sungguh menawan dan sedondon. Pn Zarina telah berjaya mempertahankan tahtanya sebagai juara sedondon buat kali ke 2 berturut-turut. Tahniah... dan atas permintaan para peminat , pasangan sedondon ini  diminta menyanyikan sebuah lagu raya. Mereka berduet mendendangkan lagu 'Suasana di Hari Raya'. Sporting sungguh....
 






Sekian...Panjang umur dan murah rezeki tahun hadapan kita 'beraya' lagi.

Terima kasih kepada semua warga guru, kakitangan sekolah dan para murid yang bersama-sama memeriahkan majlis Hari Raya 2010.
blogger

Sabtu, 25 September 2010

UPSR...UPSR

Alhamdulilah setelah penat dan berhempas pulas selama tiga hari 21-23 September, akhirnya selesailah perjuangan anak-anakdidik  tahun enam. Tetapi perjuangan sepenuhnya masih belum selesai kerana ini hanyalah satu daripada seribu perjuangan. Tahniah dan Syabas kerana berjaya menjawab kelima-lima soalan dengan tabah. Semoga kejayaan akan bersama kita apabila keputusan UPSR diumumkan kelak...INSYALLAH
blogger

Jumaat, 17 September 2010

Selamat menghadapi UPSR


Seluruh warga SKPC mendoakan semoga semua pelajar tahun 6 memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2010 . Semoga kejayaan  akan terus bersama kita.

blogger

Khamis, 2 September 2010

SATU HARI DI HARI RAYA - M NASIR

blogger

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Hariraya Dan Selamat Balik Kampung kepada warga SK Pengkalan Chepa.
blogger

MAKLUMAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Cuti Pertengahan Penggal 2 dan Cuti Hari Raya Aidilfitri bermula pada 03.09.2010 hingga 13.09.2010. 
Sekolah akan dibuka semula pada 14.09.2010 (Selasa).
Sekian, harap maklum.
blogger

DUIT RAYA & ZAKAT

RABU- 01 SEPT - Bertempat di dewan terbuka SKPC satu majlis sumbangan duit raya dan zakat sempena Aidilfitri 2010 telah diadakan. Pendaftaran ibu bapa penerima zakat bermula pada jam 8 pagi. Murid yang terlibat berkumpul di dewan bersama ibu bapa yang dijemput.Seramai 45 orang anak yatim dan 206 orang murid miskin layak menerima sumbangan ini.
Majlis dimulakan bacaan doa oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Zaid. Diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar, Haji Shafii Hj Musa. Majlis diteruskan dengan penyampaian duit raya kepada anak yatim dan murid miskin. Penyampaian duit zakat kepada ibu bapa telah diwakilkan kepada Tuan Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Majlis bersurai pada jam 10 pagi.

Penghargaan

Ahli Jawatankuasa Mahlis Penyampaian Sumbangan Duit Raya
Dan Zakat sempena Sambutan Aidilfitri SK Pengkalan Chepa
ingin menyulam rasa penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih
kepada:
  • Syarikat-syarikat
  • Orang perseorangan dan ibubapa
  • Semua warga guru dan staf sokongan SK Pengkalan Chepa
Segala apa yang telah disumbangkan, hanya Allah jua yang dapat membalasnya.


Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud:
"Bentengkanlah harta kamu dengan zakat dan ubatilah penyakit kamu dengan sedekah"
- Riwayat Tabrani -
blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA