Selasa, 31 Mei 2011

LARIAN MINI 2011

KHAMIS 26 MEI-Larian mini  telah diadakan di padang  SKPC sebagai acara penutup semester pertama persekolahan 2011. Larian mini ini disertai oleh semua murid tahun 2 hingga 6. Sementara bagi murid tahun 1 menyertai pertandingan mewarna di dewan terbuka sekolah. Tahniah kepada adik-adik tahun 2 hingga 6 yang telah berjaya mendapat tempat 1 sehingga 15. Selepas waktu rehat berakhir semua murid berkumpul di dewan terbuka untuk majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan diserikan dengan persembahan selingan oleh pasukan taekwando dan dikir barat sekolah.












blogger

Jumaat, 20 Mei 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

KHAMIS 19 MEI - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah begitu meriah sekali walaupun di dalam cuaca yang panas terik tidak menghalang perancangan yang telah  dijadualkan. Alhamdulilah semua permainan dan acara dewan berjalan dengan jayanya. Sambutan Hari Guru pada tahun ini dimulakan dengan senamrobik oleh Pn Noor Anita dibantu oleh En Abd Aziz, En Rashidi, Pn Wan Faizah, Pn Tn Zainu dan Pn Rozaizuni. Acara diteruskan dengan perlawanan "court bowling" di dalam kumpulan. Acara "musical chair" (L/P)menghangatkan lagi bahang matahari dengan gaya yang mencuit hati para guru berebut kerusi. Acara padang terakhir ialah mencari pasangan di antara guru lelaki dan perempuan.Usai acara padang murid rehat dan dijamu oleh guru kelas di dalam kelas masing-masing.
Sambutan diteruskan dengan semua murid berkumpul di dewan untuk persembahan guru dan murid. Diserikan dengan nyanyian lagu "GURU MALAYSIA" oleh semua guru dengan penuh semangat dan rasa bangga menjadi warga pendidik. TERIMA KASIH CIKGU...SELAMAT HARI GURU













blogger

Rabu, 18 Mei 2011

HARI KANTIN 2011

RABU 18 MEI- Hari Kantin peringkat sekolah sekali lagi diadakan setelah mendapat sambutan yang luar biasa pada tahun lepas. Pelbagai aktiviti menarik berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Sementara menanti persiapan gerai oleh para guru-guru ,semua murid berkumpul di dewan terbuka dan dihiburkan dengan persembahan murid .Diselangi dengan pertandingan mewarna terbuka tahap 1 dan dua. Pemenang  menerima hamper makanan daripada pihak sekolah. Diakhiri dengan cabutan nombor bertuah oleh PKP Encik Mohd Yusop yang telah membuat lima cabutan berupa hamper. Hadiah utama berupa sebuah basikal telah dimenangi oleh adik Nasiha Sofwani daripada kelas 6 Delima. Tahniah kepada semua pemenang. Syabas kepada warga SKPC yang bertungkus lumus menjayakan Hari Kantin dengan suksesnya.














blogger

Ahad, 15 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU


 TEMA :
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


 IKRAR GURU
 Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa
blogger

Sabtu, 14 Mei 2011

MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH


 KHAMIS 12 MEI - Pelancaran Sambutan Minggu Anti Dadah SKPC 2011 telalh dilancarkan oleh PK Hem Tn Hj Mohd Onn mewakili Tuan Guru Besar. Pelbagai program dijalankan seperti bacaan sajak oleh dua orang murid tahun 6 Delima dan nyanyian beramai-ramai semua guru dan pelajar diiringi oleh pasukan koir murid 6 Delima.
 Ucapan oleh PK Hem Tn Hj Mohd Onn
Murid berkumpul di dewan
Persembahan sajak
Barisan Pentadbir sekolah
Nyanyian beramai-ramai
Sessi iklan  dan tajaan air minuman oleh solivite
blogger

Tahniah...Pasukan Rekoder Essemble

Tahniah...tahniah...tahniah...kepada pasukan rekoder essemble SKPC yang sekali lagi mencipta kejayaan mewakili Kelantan ke peringkat Kebangsaan . Di bawah pimpinan Guru Muzik Encik Redzuan Saad nyata memberi impak yang besar kepada warga SKPC yang sangat berbangga dengan kejayaan ini yang melayakkan pasukan ini bertanding di Putrajaya. En Shariffuddin selaku jurulatih kedua kumpulan ini bermurah hati meyumbangkan T-shirt kepada pasukan ini sebagai cenderahati bagi pihak beliau.
 Tn Hj Shafii menyampaikan piala kepada pasukan Rekoder Essemble
Menerima T-shirt daripada En Sharifuddin
blogger

Tahniah...

Piala yang dimenangi  Pasukan Nasyid Soutur Ridhwan

Tahniah kepada pasukan Nasyid Soutur Ridhwan yang telah berjaya melayakkan diri mewakili negeri Kelantan ke peringkat Pertandingan Nasyid Kebangsaan. Syabas kepada guru pembimbing Encik Redzuan Saad dan kami warga SKPC turut berbangga dengan pencapaian ini. Diharapkan SKPC akan menjulang piala peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Johor nanti.
Penyampaian Hadiah Kepada Pasukan Nasyid 
Tahniah...semoga kejayaan akan dilakar di peringkat Kebangsaan nanti
blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA