Rabu, 27 Julai 2011

PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH

KHAMIS 21 JULAI - Bertempat di dewan terbuka SKPC satu pertandingan mewarna bagi murid pra sekolah peringkat QIT Pengkalan Chepa berlangsung dengan jayanya. Wakil-wakil murid Pra menunjukkan kesungguhan dan semangat yang jitu di dalam pertandingan ini. TAHNIAH  kepada  semua guru QIT Pengkalan Chepa dan Puan Aida selaku tuan rumah bagi pertandingan ini . SYABAS kepada para peserta yang berjaya.


blogger

MASIH ADA YANG SAYANG

RABU 27 JULAI - Unit Bimbingan dan Kauseling di bawah pimpinan Ustaz Shaari dan dibantu oleh pelatih IPG telah mengadakan satu sesi motivasi kepada murid tahun 6. Objektif program ini ialah membantu murid lemah membina keyakinan diri dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Penceramah jemputan adalah Encik Wan Ghazali Wan Ibrahim daripada Jabatan Kauseling Institut Perguruan Kota Bharu.


blogger

SUSU 1 MALAYSIA


blogger

Khamis, 7 Julai 2011

SOLAT HAJAT & PENYERAHAN BUKU REKOD TAHUN 6

KHAMIS 07 JULAI - Solat Hajat dan majlis penyerahan buku rekod UBB3 bagi murid tahun 6 diadakan di dewan terbuka sekolah.Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti bacaan yassin bersama dengan ibu bapa murid-murid serta guru. Majlis diteruskan dengan ucapan ringkas oleh YDP Pibg Tuan Haji Nor Zahari yang padat dengan nasihat dan semangat untuk melihat kejayaan dan kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR nanti. Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan solat hajat memohon keberkatan dan kejayaan anak anak SKPC. Para ibu bapa, murid dan guru dijemput menjamu selera di samping majlis bual mesra dengan guru kelas dan menandatangai buku rekod pencapaian murid.




blogger

Sabtu, 2 Julai 2011

LARIAN 1M 1S 1 MALAYSIA

Sabtu 02 Julai - Larian Satu Murid Satu Sukan Satu Malayia  dilancarkan serentak oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin di Taiping, Perak berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Record (MBOR) sebagai larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah. Dasar 1 Murid 1 Sukan  bertujuan melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Larian Sk Pengkalan Chepa bermula seawal pagi diiringi oleh guru-guru. Suasana pagi yang nyaman dan sinar matahari yang bersembunyi disebalik awan membantu melancarkan program ini dan bertambah meriah dengan sekolah jiran yang turut sama-sama menghangatkan larian ini.Usai acara larian para murid dan guru-guru mengambil bahagian di dalam perlawanan bola sepak dan bola jaring.







blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA