Sabtu, 2 Julai 2011

LARIAN 1M 1S 1 MALAYSIA

Sabtu 02 Julai - Larian Satu Murid Satu Sukan Satu Malayia  dilancarkan serentak oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin di Taiping, Perak berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Record (MBOR) sebagai larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah. Dasar 1 Murid 1 Sukan  bertujuan melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Larian Sk Pengkalan Chepa bermula seawal pagi diiringi oleh guru-guru. Suasana pagi yang nyaman dan sinar matahari yang bersembunyi disebalik awan membantu melancarkan program ini dan bertambah meriah dengan sekolah jiran yang turut sama-sama menghangatkan larian ini.Usai acara larian para murid dan guru-guru mengambil bahagian di dalam perlawanan bola sepak dan bola jaring.







blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA