Sabtu, 27 Februari 2010

MAJLIS GAMITAN DAN LAMBAIAN KASIH

SABTU 27 FEBRUARI 2010 - Seiring dengan Majlis Titipan Budi Harum Berzaman yang diadakan di SKPC, warga SK Sungai Pas menyambut kehadiran Tn. Hj Salleh Bin Ab Rahim (bekas PK Pentadbiran SKPC) sebagai Guru Besar baru mereka dengan mengadakan satu majlis yang dinamakan Gamitan Dan Lambaian Kasih.

Rombongan warga guru dari SKPC bertolak dengan sebuah bas menuju ke SK Sungai Pas sebagai rombongan rasmi menghantar mantan PK Pentadbiran SKPC iaitu Tn. Hj Salleh untuk bertugas sebagai Guru Besar di sekolah itu.






blogger

Khamis, 25 Februari 2010

TITIPAN BUDI HARUM BERZAMAN


25 FEBRUARI 2010 (SELASA)
8:00 - 10:00 PAGI


Warga SK Pengkalan Chepa terasa amat kehilangan dengan pemergian Tn. Hj Md Salleh Bin Ab Rahim selaku PK Pentadbiran. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Sungai Pas, Kuala Krai.

Justeru, satu majlis khas diadakan sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada beliau selama berkhidmat di SKPC.
Antara aturcara ringkas ialah :
  • Ucapan Pengerusi Majlis
  • Bacaan Doa Selamat
  • Ucapan Wakil Murid
  • Ucapan Guru Besar
  • Ucapan Yang diraikan
  • Persembahan Guru
  • Penyampaian Cenderahati (Murid)
  • Majlis Bersalam-salaman
Pada tengaharinya, semua guru dan kakitangan sekolah ke Restoran Chengmai bagi Majlis Tertutup Perpisahan dengan acara makan tengahari dan penyampaian cenderahati oleh guru-guru dan kakitangan sekolah kepada Tn. Hj. Md Salleh Bin Ab Rahim. Semoga beliau dapat melaksanakan tugas baru dengan baik dan sempurna. Salam perpisahan, "Bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah".

Gambar sekitar majlis berlangsung :

MAJLIS PERPISAHAN DI SEKOLAH


MAJLIS MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN CHENGMAI


blogger

Ahad, 7 Februari 2010

MAJLIS KESYUKURAN UPSR 2009



AHAD 7 FEBRUARI 2010 - Bagi meraikan peningkatan prestasi pencapaian UPSR pada 2009, SKPC mengadakan satu majlis kesyukuran dengan kerjasama PIBG sekolah. Seramai 30 bekas murid SKPC diraikan dengan diadakan jamuan kesyukuran dan penyampaian saguhati atas kecemerlangan mereka.

Sumbangan dua ekor lembu oleh PIBG telah diberikan untuk jamuan pada majlis tersebut. Warga SKPC dan PIBG berkumpul pada petang Sabtu, 6 Februari untuk melakukan kerja-kerja penyediaan memasak bagi majlis jamuan. Guru Besar, En. Azmi Bin Hussain menganjurkan Solat Maghrib berjemaah, diikuti Majlis Tahlil dan Solat Hajat sebelum diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah.



Antara bekas pelajar SKPC 5A UPSR 2009 yang hadir pada majlis meraikan kecemerlangan mereka

Sesudah itu, bermulalah acara menyiang dan memotong daging lembu yang dilakukan secara gotong-royong dan diikuti proses menumis rempah gulai (mati awah) pada tengah malamnya. Pada awal pagi Ahad keesokan harinya, AJK gulai dan masakan menyiapkan juadah jamuan, sementara murid-murid mengikuti acara dewan sebagai pengisian.

Warga SKPC berbesar hati dengan kehadiran tetamu jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai JPN dan PPD Kota Bharu serta Guru-guru Besar di sekolah yang berdekatan.

  • Solat Maghrib berjemaah, Tahlil, Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah sebelum memulakan kerja-kerja persiapan pada malam sebelum majlis kesyukuran :


  • Menjamu selera dengan juadah malam sebelum memulakan tugas masing-masing :




Gotong-royong menyiang daging sebagai persediaan sebelum memasak gulai:




  • Persediaan pada pagi majlis untuk menyiapkan gulai kawah dan menanak nasi:




  • Acara dewan sebagai pengisian untuk murid-murid sementara menunggu gulai dan nasi siap dimasak:




  • Aktiviti ketika menguruskan jamuan untuk murid-murid:




  • Tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada Pegawai-pegawai JPN, PPD dan Guru-guru Besar sekolah berhampiran:




  • Yang diraikan kecemerlangan mereka, bekas pelajar SKPC (5A UPSR 2009):


blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA