
Sumbangan dua ekor lembu oleh PIBG telah diberikan untuk jamuan pada majlis tersebut. Warga SKPC dan PIBG berkumpul pada petang Sabtu, 6 Februari untuk melakukan kerja-kerja penyediaan memasak bagi majlis jamuan. Guru Besar, En. Azmi Bin Hussain menganjurkan Solat Maghrib berjemaah, diikuti Majlis Tahlil dan Solat Hajat sebelum diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah.
Sesudah itu, bermulalah acara menyiang dan memotong daging lembu yang dilakukan secara gotong-royong dan diikuti proses menumis rempah gulai (mati awah) pada tengah malamnya. Pada awal pagi Ahad keesokan harinya, AJK gulai dan masakan menyiapkan juadah jamuan, sementara murid-murid mengikuti acara dewan sebagai pengisian.
Warga SKPC berbesar hati dengan kehadiran tetamu jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai JPN dan PPD Kota Bharu serta Guru-guru Besar di sekolah yang berdekatan.
- Solat Maghrib berjemaah, Tahlil, Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah sebelum memulakan kerja-kerja persiapan pada malam sebelum majlis kesyukuran :
- Persediaan pada pagi majlis untuk menyiapkan gulai kawah dan menanak nasi:
- Acara dewan sebagai pengisian untuk murid-murid sementara menunggu gulai dan nasi siap dimasak:
- Aktiviti ketika menguruskan jamuan untuk murid-murid:
- Tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada Pegawai-pegawai JPN, PPD dan Guru-guru Besar sekolah berhampiran:
- Yang diraikan kecemerlangan mereka, bekas pelajar SKPC (5A UPSR 2009):
Tiada ulasan:
Catat Ulasan