Rabu, 28 Oktober 2009

SOSIO EKONOMI

Ramai pelajar terdiri dari keluarga berpendapatan sederhana yang bekeja kilang dan bekerja sendiri atau berniaga yang mana pendapatan perkapita ialah RM 200.

Sebahagian kecil anak polis, askar, dan penjara yang sentiasa berpindah sekolah mengikut pertukaran bapa. Bilangan paling kecil anak guru dan anak pensyarah serta anak-anak pegawai kerajaan, pekerja swasta. Pelajar bermasalah dalam pelajaran kerana kedaifan dan ketidakmampuan ibu bapa atau keluarga untuk mendapat pendidikan tuisyen dan sebagainya.

blogger

LOKASI SEKOLAH

Terletak lebih kurang 10 km dari Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Kota Bharu di atas sebidang tanah seluas 4.5 hektar di belakang Maktab Perguruan Kota Bharu melalui jalan masuk Belakang SMK Teknik Pengkalan Chepa dan jalan masuk belakang SMK Pengkalan Chepa 2. Lokasi sekolah betul-betul dibelakang MRSM Pengkalan Chepa.

Keseluruhan pelajar sekolah ini datang dari kawasan atau kampong yang berdekatan seperti :

  • Kem PGA Batu 8 Pengkalan Chepa.
  • Kampung Tanjung Katung.
  • Kampung Landak
  • Kampung Pengkalan Nangka
  • Kampung Chekok
  • Kampung Baung
  • Kawasan Cabang Tiga Pengkalan Chepa
  • Kawasan Perumahan Padang Tembak
  • Kawasan Perumahan Kurnia Jaya
  • Taman Sri belakang PERKIM
blogger

Selasa, 27 Oktober 2009

PENGENALAN SEKOLAH

  • Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa mula ditubuhkan pada 1 Januari 1981.
  • Pada sesi pertama persekolahan, SK Pengkalan Chepa menerima 256 orang murid yang terdiri dari 144 lelaki dan 112 perempuan.
  • Seramai 10 orang guru yang melapor diri pada 3 Januari tahun tersebut.
  • Sekolah Rendah Pengkalan Chepa menumpang blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa yang sekarang sebagai blok lama bangunan asrama perempuan dan telah dirobohkan dan dibina dewan SMKPC.
  • Pada tahun 1979, MOU antara Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dengan sekumpulan Kementerian Pelajaran Malaysia telah berunding dengan Pihak Pengurusan Maktab Perguruan Kota Bharu unrtuk mendapatkan sebidang tanah dan membina bangunan seluruh SKPC yang siap pada tahun 1981.
  • SKPC sejak tahun 1981 telah diterajui oleh guru besar :
blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA