Ahad, 19 Januari 2014

SKPC BERSELAWAT 2014

Bersempena dengan kedatangan Rabiul Awwal sebagai bulan Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W ini, SK Pengkalan Chepa memeriahkan suasana awal paginya dengan alunan qasidah dan selawat ke atas Junjungan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Seawal jam 7:15 pagi lagi, guru yang bertugas di konti SKPC akan memasang alat pemain cd mp3 yang mengandungi beberapa buah lagu dan alunan selawat dalam pelbagai rentak dan variasi. Keasyikan alunan selawat yang merdu dan mendayu ini amat memberi kesan sebagai terapi jiwa dan minda apabila diteliti dan dihayati, seterusnya akan mengingatkan kita kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W. 
blogger

Khamis, 9 Januari 2014

Sukaneka Transisi Tahun 1 2014

Khamis 9 Januari 2014 : Sebagai melengkapi Program Transisi & Guru Penyayang bagi Murid Tahun 1 SKPC, telah diadakan acara sukaneka dan permainan. Dalam pengendalian yang agak ringkas dan sederhana ini, murid-murid tetap dapat berkongsi kemeriahan dan keseronokan bermain. Program ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid dan seterusnya antara murid sesama rakan sebayanya.











blogger

Selasa, 7 Januari 2014

Mesyuarat AJK Induk PSS (Pusat Sumber Sekolah) SKPC

Puan Junaidah Binti Akub selaku Penyelaras PSS mengingatkan kepada setiap unit di bawah seliaannya agar menyediakan perkara berikut sebelum akhir Januari ini:

  1. Carta Organisasi
  2. Buku Pengurusan
  3. Buku Penggunaan Bahan
  4. Buku Pergerakan Peralatan
  5. Jadual Penggunaan Bilik
Setiap unit juga diwajibkan mendokumentasi setiap aktiviti dan diserahkan kepada Penyelaras PSS untuk difailkan.
blogger

Perhimpunan Pagi Pada Setiap Hari

Ambang 2014 mula mencorak suasana baru dalam sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Di antara perubahan yang dibuat adalah aktiviti Perhimpunan Pagi pada setiap hari. Perhimpunan pagi ini akan bermula seawal jam 7:30 pagi dan berakhir pada 7:45 pagi. Antara objektif utama diadakan aktiviti awal pagi ini ialah sebagai salah satu langkah untuk menepati integriti masa pengajaran dan pembelajaran.



Tepat jam 7:30 pagi, semua murid bersama dengan guru yang mengajar subjek waktu pertama, guru-guru bertugas mingguan dan para pentadbir dikehendaki berada di dewan perhimpunan untuk mendengar ucapan, amanat, motivasi @ tazkirah yang akan disampaikan oleh guru yang ditugaskan. Semoga segala apa yang dirancang ini akan memberi impak positif dengan kerjasama daripada semua pihak sebagaimana yang dihasratkan oleh Guru Besar SKPC, En. Hamzah Bin Hussin.



blogger

Lawatan Khidmat Bantu Mentor Kecemerlangan UPSR 2014

5 JANUARI 2014 (AHAD) : SK Pengkalan Chepa berbesar hati menerima kunjungan khidmat bantu oleh En. Zaidi Bin Abdullah, Pegawai LINUS, PPD Kota Bharu selaku Mentor Kecemerlangan UPSR SKPC bagi tahun 2014 ini. Satu perjumpaan khas telah diadakan bersama Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan semua guru yang mengajar murid Tahun 5 dan 6. Agenda utama perjumpaan ini adalah untuk membuat kaji selidik mengenai keputusan UPSR 2013 dari sudut kekuatan dan kelemahan untuk dipertingkatkan sebagai persediaan menghadapi UPSR 2014. En. Zaidi menyarankan agar segala perancangan peningkatan kecemerlangan murid Tahun 6 hendaklah bermula dari Tahun 5 lagi. 

Beliau juga memberi galakan kepada guru yang merancang program kecemerlangan agar aktiviti kecemerlangan murid Tahun 5 biar hampir selari dengan aktiviti kecemerlangan murid Tahun 6. Setiap Unit Panitia bagi subjek teras telah membentangkan laporan akademik masing-masing yang diwakili oleh Pn. Anita untuk subjek Bahasa Inggeris, En. Abdullah untuk subjek Sains, Pn. Che Kamariah untuk subjek Bahasa Melayu dan Pn. Rosnani bagi subjek Matematik. Di akhir sesi bual bicara dan perbincangan selama hampir 2 jam itu, En. Zaidi menegaskan keterlibatan guru subjek elektif lain terutamanya Guru Pendidikan Islam adalah amat perlu untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam setiap agenda kecemerlangan sekolah.




blogger

Khamis, 2 Januari 2014

Selamat Kembali Ke Sekolah 2014

Sesi persekolahan 2014 telah bermula pada 01 Januari 2014. Azam dan semangat tahun baru akan dapat meningkatkan kualiti dan pengurusan yang lebih baik pada sesi ini. Selamat kembali ke sekolah kepada pihak pengurusan sekolah, tenaga pengajar dan semua murid skpc. Teruskan azam untuk memperolehi kejayaan.





blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA