Khamis, 20 Januari 2011

MAJLIS TITIPAN KASIH HARUM BERZAMAN

20 JAN - Tahniah di atas perlantikan Puan Hjh Rosemawati Ramli sebagai Guru Besar SK Chicha Menyabung. Satu majlis titipan kasih harum berzaman telah diadakan di dewan SKPC bermula jam 10.45 pagi. Murid-murid yang terdiri daripada murid Pra sehingga ke tahun 6 berkumpul bersama guru-guru untuk meyambut Puan Hjh Rosemawati. En Rashidi telah dipilih sebagai pengacara majlis dengan gandingan bersama Puan Rozaizuni.
Dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan wakil guru oleh Pn Fazidah Osman. Diserikan lagi dengan ucapan oleh wakil murid adik Mohd Amirul Hakim dan bacaan sajak oleh adik Siti Aisyah Zakaria . Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar Tn Hj Shafii Musa yang penuh dengan pengajaran dan ceria dengan pantun seloka.
Biodata Puan Rosemawati dibaca dengan penuh emosi bersama alunan muzik cukup mengundang satu perasaan hiba di kalangan guru-guru. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Puan Hjh Rosemawati yang kaya dengan senyuman dan lentok yang menawan. Diselitkan dengan nyanyian yang sungguh merdu mengalahkan penyanyi tersohor Siti Nurhaliza bersama ungkapan  pantun yang ditujukan khas buat semua murid dari tahun 1 hingga 6.
Majlis titipan kasih harum berzaman diserikan dengan penyampaian cenderahati  oleh wakil murid dari tahun 1hingga 6 dan penyampaian cenderahati oleh ketua bagi setiap panitia.
Kemuncak majlis pada hari ini ialah majlis bersalaman dengan Puan Hjh Rosemawati. Dimulakan dengan  murid pra sekolah sehingga ke murid tahun 6. Diikuti oleh para guru lelaki dan perempuan dengan  tangisan dan  hati yang berat untuk melepaskan Puan Hjh Rosemawati.




















Usai majlis meraikan Pn Hjh Rosemawati di SKPC selesai, diteruskan pula dengan majlis menghantar Pn Hjh Rosemawati ke SK Chicha Menyabung (SKCM). Di sambut dengan meriah  dengan paluan kompang oleh warga SKCM yang menyambut ketibaan Puan Guru Besar baru SKMC iaitu Pn Hjh Rosemawati Ramli serta ahli rombongan warga guru dan kakitangan SKPC. 
Majlis di SKCM didahului dengan bacaan doa . Diteruskan dengan ucapan alua-aluan PKP mewakili warga SKCM dan PKHem Ustaz Mohd Onn mewakili warga SKPC. Majlis diteruskan dengan ucapan Puan Guru Besar SKCM yang berharap kerjasama dan ikatan ukwah yang erat dapat dijalinkan diantara kedua-dua sekolah ini. Majlis berakhir dengan berbalas hantaran di antara Tuan Guru Besar SKPC Tn Hj Shafii dan Puan Guu Besar SKCM Pn Hjh Rosemawati.
Barisan Pentadbir SKPC dan SKCM
Bacaan Doa
Ucapan Oleh PKP SKCM
Ucapan PK Hem SKPC
Ucapan Oleh Puan Guru Besar SKCM

Majlis berbalas hantaran di antara GB SKPC dan GB SKCM
Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan
blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA