Rabu, 19 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU

RABU 19 MEI- Sambutan hari guru peringkat sekolah telah disambut oleh seluruh warga skpc dengan meriahnya. Walaupun hari dimulakan dengan cuaca mendung dan hujan renyai-renyai tanpa henti tidak sedikit pun menghalang para guru meneruskan segala program yang telah di rancang.

Acara dimulakan dengan senamrobik oleh para guru di dewan terbuka skpc. Oleh kerana  hari hujan, program arobik terpaksa dijalankan di dewan. Guru-guru melakukan senamrobik di atas pentas dan murid sebagai penonton kerana masalah kenkangan tempat. Selesai sahaja senamrobik selama setengah jam, perlawanan bola sepak guru lelaki dengan pelajar lelaki dijalankan di padang sekolah.

Hujan yang turun tanpa henti tidak mematahkan semangat para guru lelaki yang memakai kain pelikat semasa perlawanan berlangsung. Tuan Guru Besar, Encik Azmi Hussain juga tidak melepaskan peluang beraksi menunjukkan bakat mengelecek bola. Hasilnya pasukan guru berjaya menewaskan murid dengan mata 2-1. Jaringan pertama dijaringkan oleh En Baderin sementara jaringan kedua oleh En Anuar. Layarilah mata anda dengan slide yang memaparkan aksi-aksi hebat bolasepak warga skpc.





Acara seterusnya ialah acara bagi guru perempuan iaitu menjahit butang baju dan mereka fesyen pelajar menggunakan suratkhabar. Semuanya berbakat dalam bidang jahitan dan rekaan fesyen. Nanti bila sudah pencen bolehlah buka "butik". Jangan tak nampak lubang jarum dah le cikgu...

Acara Menjahit Butang Baju

Guru wanita sedang menunjukkan bakat menjahit butang baju



Acara Reka Fesyen Menggunakan Suratkhabar Lama

 Inilah hasil daripada kreativiti guru-guru hebat


Acara paling UMMPHH "Rebut Kerusi" 






Acara Dewan
Deklamasi Sajak oleh Tuan Guru Besar
Encik Azmi  Hussain


Persembahan Duo
Encik Aziz dan Encik Redzuan




Sessi Temuramah Guru Bersama SS Channel






Tahniah kepada para pemenang dalam acara yang dipertandingkan dan pemenang acara cabutan bertuah. Sememangnya anda BERTUAH dan kepada yang kurang ada 'ONG ' bolehlah cuba lagi tahun hadapan. Terima Kasih juga kepada semua warga guru , anak-anak didik dan staf sokongan Sek Keb Pengkalan Chepa di atas semua kerjasama yang diberikan . Semoga kenangan hari ini akan terus menjadi "kenang terindah "untuk kita semua. SELAMAT HARI GURU...TERIMA KASIH CIKGU...
blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA