Sabtu, 24 April 2010

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA DAN PELANCARAN PROGRAM KANTIN KERING TANDAS WANGI

SABTU 24 APRIL - Program gotong-royong perdana dan pelancaran program "Kantin Kering Tandas Wangi"adalah satu program yang diilhamkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk memastikan kebersihan dan keselesaan para pelajar sewaktu berada di sekolah.
Program dimulakan dengan perhimpunan pagi jam 8. Murid dan guru diberikan taklimat agihan kawasan gotong-royong. Gotong royong ini dibahagikan kepada dua fasa; Fasa 1 kawasan persekitaran sekolah dan fasa 2 ialah kelas dan bilik khas.
Pertandingan mewarna tahap satu diadakan di dewan terbuka SKPC . Manakala pertandingan  mengarang esei tahap dua diadakan selepas waktu rehat di dalam kelas masing-masing. Masa yang diberikan adalah selama tiga puluh minit dengan 80 patah perkataan (tahun empat) dan satu ratus patah perkataan (tahun lima dan enam).
Pada jam 12.30 tengahari  majlis perhimpunan dan pelancaran program oleh Tuan Guru Besar dan penyampaian hadiah diadakan. Majlis bersurai jam 1.15 petang.

blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA