Ahad, 18 April 2010

ZOOM -A

SABTU 17 APRIL- Kursus latihan Dalam Perkhidmatan  (LDP 1) telah diadakan di Restoran Lagenda dikendalikan oleh OneTouch Education Sdn. Bhd anjuran sekolah. Kursus ini adalah untuk membantu guru-guru memahirkan diri dalam ICT.  Program Pemelajaran Interaktif melalui Internet, Zoom-A lahirdaripada hasil perkongsian bijak Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGMB) dan One Touch Education Sdn. Bhd untuk menyahut seruan kerajaan ke arah perluasan Sekolah Bestari.

Program ini bermula 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari  dirasakan berjalan terlalu pantas dengan celoteh dan penerangan dari Mr Lee (pihak pengurusan One Touch) yang membuatkan para guru tidak  kering gusi diselangi dengan jamuan pagi," tea break" dan jamuan tengahari yang enak. Banyak ilmu dan input yang diterima sepanjang program ini berjalan. Diharapkan para guru SKPC menjadikan Zoom-A sebagai platform dalam mewujudkan suasana ICT di kalangan guru dan murid untuk menghadapi cabaran dunia ICT yang tanpa sempadan. Di samping dapat membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah.

"Pendidikan Berkualiti Generasi Bestari"
blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA