Sabtu, 24 April 2010

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA DAN PELANCARAN PROGRAM KANTIN KERING TANDAS WANGI

SABTU 24 APRIL - Program gotong-royong perdana dan pelancaran program "Kantin Kering Tandas Wangi"adalah satu program yang diilhamkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk memastikan kebersihan dan keselesaan para pelajar sewaktu berada di sekolah.
Program dimulakan dengan perhimpunan pagi jam 8. Murid dan guru diberikan taklimat agihan kawasan gotong-royong. Gotong royong ini dibahagikan kepada dua fasa; Fasa 1 kawasan persekitaran sekolah dan fasa 2 ialah kelas dan bilik khas.
Pertandingan mewarna tahap satu diadakan di dewan terbuka SKPC . Manakala pertandingan  mengarang esei tahap dua diadakan selepas waktu rehat di dalam kelas masing-masing. Masa yang diberikan adalah selama tiga puluh minit dengan 80 patah perkataan (tahun empat) dan satu ratus patah perkataan (tahun lima dan enam).
Pada jam 12.30 tengahari  majlis perhimpunan dan pelancaran program oleh Tuan Guru Besar dan penyampaian hadiah diadakan. Majlis bersurai jam 1.15 petang.

blogger

Ahad, 18 April 2010

ANUGERAH PENGHARGAAN- TAHNIAH

KHAMIS 15 APRIL- Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa telah menerima  anugerah daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu. Anugerah disampaikan oleh Haji Che Aziz Haji Daud merangkap Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu atas pencapaian;

1. Kategori 4 Bintang Kecemerlangan UPSR 2009
2. Semua A terbaik (19.10%) UPSR 2009 Kelompok Sekolah Sinaran
     PPD Kota Bharu
3. Tempat Pertama: Aktiviti Dan Kecemerlangan Ko Akademik Kesenian &
    Kebudayaan 2009 Kategori Sekolah Rendah, Peringkat PPD Kota Bharu.

Tahniah kepada semua warga SKPC. Semoga segala jasa dan tenaga yang dicurahkan diberkati oleh ALLAH s.w.t. Teruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa mengenal jemu.

blogger

ZOOM -A

SABTU 17 APRIL- Kursus latihan Dalam Perkhidmatan  (LDP 1) telah diadakan di Restoran Lagenda dikendalikan oleh OneTouch Education Sdn. Bhd anjuran sekolah. Kursus ini adalah untuk membantu guru-guru memahirkan diri dalam ICT.  Program Pemelajaran Interaktif melalui Internet, Zoom-A lahirdaripada hasil perkongsian bijak Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGMB) dan One Touch Education Sdn. Bhd untuk menyahut seruan kerajaan ke arah perluasan Sekolah Bestari.

Program ini bermula 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari  dirasakan berjalan terlalu pantas dengan celoteh dan penerangan dari Mr Lee (pihak pengurusan One Touch) yang membuatkan para guru tidak  kering gusi diselangi dengan jamuan pagi," tea break" dan jamuan tengahari yang enak. Banyak ilmu dan input yang diterima sepanjang program ini berjalan. Diharapkan para guru SKPC menjadikan Zoom-A sebagai platform dalam mewujudkan suasana ICT di kalangan guru dan murid untuk menghadapi cabaran dunia ICT yang tanpa sempadan. Di samping dapat membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah.

"Pendidikan Berkualiti Generasi Bestari"
blogger

Isnin, 12 April 2010

MAJLIS SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH




Aturcara Majlis
********************************
11.00 pagi:
Murid berkumpul di dewan

11.15 pagi:
Majlis bermula
Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan & Lagu Sekolah
Bacaan doa oleh:
Encik Mohd Zaid Mohamed
Bacaan perutusan sempena Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan
Bacaan perutusan sempena Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan oleh:

Tuan Haji Mohd Onn Muhammad
(PKHem)
Ucapan alu-aluan/perasmian oleh:
Encik Azmi Hussain
(Guru Besar SK Pengkalan Chepa)

Pertandingan deklamasi sajak
Persembahan nasyid
Penyampaian hadiah

1.15 petang:
Majlis Bersurai

Bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Zaid
Perasmian oleh Tuan Guru Besar Encik Azmi bin Hussin .

Para peserta sedang mendeklamasikan sajak dengan penuh perasaan dan gaya. Syabas!

Barisan para hakim yang arif lagi bijaksana sedang khusyuk mendengar deklamasi sajak para peserta.

Persembahan  selingan oleh kumpulan Nasyid Sekolah Nur-Naim


Para Peserta  menerima hadiah daripada Tuan Guru Besar





 
 Guru-guru IPG menerima sijil penghargaan 

Pameran Poster

 
 
Penghargaan
*************************
Sekalung penghargaan diucapkan kepada:
Seluruh warga SK Pengkalan Chepa, guru-guru pelatih IPG Kampus Kota Bharu, Kampus Teknik Kuala Lumpur, Kampus Pulau Pinang dan Kampus Sultan Abdul Halim, serta semua pihak yang
 terlibat secara langsung atau pun tidak langsung.

Terima kasih daun keladi...
blogger

Selasa, 6 April 2010

SUKAN TAHUNAN KALI KE14

AHAD 28 APRIL- Sukan tahunan SKPC 2010 telah diadakan dengan jayanya buat kali ke  14. Alhamdulilah dan tahniah kepada semua warga SKPC  yang bersama-sama berganding bahu tanpa mempedulikan panas terik sang mentari. Semangat kesukanan guru-guru yang begitu  'menceriakan'  dengan sorakan untuk memastikan pasukan mereka memenangi setiap acara yang dipertandingkan. Pertandingan sukan peringkat pra telah diadakan dua hari sebelum  pertandingan akhir diadakan.

Acara dimulakan dengan perarakan dan pembarisan pasukan uniform sekolah  yang segak dengan uniform masing-masing dan rumah-rumah pasukan yang menyertai acara iaitu pasukan Mat Kilau (Hijau), Tuk Janggut (Merah), Dato Bahaman (Biru) dan Tuk Perak (Kuning) dan bacaan ikrar sukan oleh pasukan kontigen pengakap sekolah.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan YDP Encik Azmi bin Jusoh dengan paluan "GONG" menandakan acara sukan tahunan bermula. Sebanyak 35 acara dipertandingkan melibatkan penyertaan murid tahun 1-6.

Layarilah slide ini dan tontonilah aksi-aksi anak didik skpc . Di harapkan mereka ini akan mewakili Malaysia pada masa akan datang...Insyallah....






Kamilah "JUARA"


Aksi-aksi Menarik





 Pasukan daripada rumah Mat Kilau berjaya menduduki tempat pertama.


 Acara Kemuncak 200m berganti guru (L)
 
 
 
 
 
 
 
 Ready......standby.......
 Encik Azmi bersedia untuk meniup wisel ...
 
 
Ketua-ketua kontigen dan guru IPG lelaki bersiap sedia untuk menunjukkan kehebatan mereka
 
 
 
 
 
 
 On you mark get set GO....
 
 
 
 
 

Tahniah






Juaranya adalah....
En Kamarulzaman
Ketua kontigen Merah



  



Raptai Dan Pra Sukan


blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

SK PENGKALAN CHEPA

SK PENGKALAN CHEPA