Guru-guru yang bertukar iaitu Puan Wan Pauziah dan mantan Guru Besar, Encik Azmi Hussin turut diraikan di majlis ini.
Rabu, 10 November 2010
JAMUAN GURU
04 OKT - Jamuan Akhir Tahun Guru tiba sebagaimana tahun sebelumnya menandakan akan berakhir sesi persekolahan bagi tahun 2010. Bertempat di Hotel Raudhah, Kota Bharu, majlis bermula pada jam 12 tengahari.
Guru-guru yang bertukar iaitu Puan Wan Pauziah dan mantan Guru Besar, Encik Azmi Hussin turut diraikan di majlis ini.
Guru-guru yang bertukar iaitu Puan Wan Pauziah dan mantan Guru Besar, Encik Azmi Hussin turut diraikan di majlis ini.
Selasa, 9 November 2010
TAHUN 6
09 OKT - Jamuan bagi murid tahun Enam telah diadakan di Hotel Ridel, Kota Bharu pada jam 1.00 tengahari. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan berupa nasihat dan pesanan Tuan Guru Besar kepada anak-anak didik tahun enam yang akan melangkah ke sekolah menengah pada tahun hadapan. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh wakil pelajar. Diikuti dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Shaari. Sementara menunggu hidangan disajikan oleh pihak hotel, majlis diserikan dengan persembahan pelajar perempuan 6 Nilam yang dikenali sebagai kumpulan ' Wonder Girls" dibawah pimpinan En Shariffudin.
Cabutan bertuah dimulakan dengan sebanyak 10 nombor dicabut oleh PK Ko, En Aziz Husin. Seperti yang dijanjikan, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan memasak yang telah diadakan baru-baru ini. Para pemenang dari kelas 6 Delima, 6 Zamrud dan 6 Firus yang berjaya telah menerima hadiah sumbangan pihak sekolah dan badan koparat yang sudi menaja hadiah berupa hamper kepada para peserta pertandingan.
Wakil tahun 6 Delima , menyampaikan pantun seloka yang sungguh mencuit hati para tetamu. Ditujukan khas kepada para pentadbir dan guru yang mengajar kelas tersebut. Pantun seloka ini dihasilkan oleh murid 6 Delima sendiri. Acara cabutan bertuah diteruskan dan kepada para murid yang bertuah diucapkan tahniah.
Persembahan 'shuffle' oleh pelajar lelaki daripada kelas 6 Nilam dan Firus menyegarkan mata dengan aksi -aksi lincah mereka. Sementara persembahan drama oleh murid 6 Zamrud mengamatkan suasana . Penyampaian cenderahati kepada para guru tahun 6 yang telah mencurah ilmu tanpa mengira waktu dan masa dihargai oleh pihak sekolah telah disampaikan oleh PKP, Ph Hjh Rosemawati.
Majlis bersurai pada jam 3 petang. Segala kenangan bersama guru dan sekolah diharapkan akan terus terpahat di hati semua murid tahun Enam 2010. Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan para penaja yang sudi menjayakan majlis ini . Alhamdulilah, dengan izin Allah, majlis ini berjalan dengan jayanya walaupun dalam debaran menunggu keputusan UPSR yang akan diumumkan pada 11 Okt ini. Semoga kejayaan bersama kita. Amin.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN
08 OKT- Majlis khatam Al-Quran murid tahun 5 dan 6 telah diadakan di dewan terbuka SKPC. Murid diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh pasukan kompang sekolah dan diiringi sehingga ke pentas dewan utama. Majlis dimulakan pada jam 11 pagi.
Aturcara Majlis
Pendaftaran Peserta Khatam al Quran
Bacaan doa
Oleh Ustaz Mohd Shaari Ab Rahman
Bacaan al Quran oleh murid
Ucapan Aluan Dan Perasmian oleh Guru Besar
Tn Hj Shafii b Hj Musa
Majlis khatam al Quran
Di ketuai oleh Imam Masjid Al Salam,
Tn Hj Abdul Razak Ibrahim
Bilangan murid: Tahun 6 - 37 orang
Tahun 5 - 27 orang
Doa khatam al Quran
Agihan pulut semangat kepada murid khatam al Quran
Persembahan Nasyid
Penyampaian hadiah
Majlis bersurai
Sabtu, 6 November 2010
LAWATAN TAHUN 6
27-29 Okt - Lawatan sambil belajar murid tahun 6 ke Tambun, Perak pada 27-29 Oktober baru-baru ini berjalan lancar. Dua buah bas bersama murid seramai 80 orang dan guru pengiring seramai 10 orang.
Catatan Perjalanan
****************
27 Oktober (Rabu)
* bertolak 8.30 pagi
* melawat Zoo Taiping
* check in di Taman Klebang, Ipoh
28 Oktober(Khamis)
10 am bertolak ke Lost World of Tambun
29 Oktober (Jumaat)
ke kilang Labu Sayong, Kuala Kangsar
makan tengahari di Kuala Kangsar
singgah di Puncak Titiwangsa
bertolak pulang
solat Maghrib di Masjid Telipot
selamat tiba di sekolah pada 8.30 pm
Isnin, 1 November 2010
LAWATAN KE TERENGGANU & KUANTAN
24-26 Okt - Rombongan lawatan badan Pengawas Sekolah ke Terengganu dan Kuantan berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulilah pelbagai pengalaman baru dikutip sepanjang lawatan sambil belajar ini. Lawatan ini melibatkan pengawas sekolah tahun 5 dan 4 dengan pengawasan 4 orang guru displin sekolah.
Catatan Perjalanan
24/10 - Jumaat
3.00-4.00pm - Berkumpul di sekolah dan bertolak ke destinasi
6.00-7.30pm - Solat Maghrib di Masjid Kristal
8.00-11.00pm - Meneruskan perjalanan ke Ajil
11.00-12.00pm - Melawat pusat percetakan suratkhabar Berita Harian
12.00-4.00pm - Meneruskan perjalanan ke Gambang
5.00-6.00am - Solat subuh di masjid Jalan Gambang
7.00-8.30am - Bersarapan di restoran
10.00-4.00pm - Ke Taman Tema Gambang
4.00-6.00pm - Bertolak ke asrama SK Cherating
8.00-9.30pm - Makan malam di Bangunan UMNO
10.00pm - Bermalam di asrama SK Cherating
25/10- Sabtu
9.00-10.00am - Bersarapan di rumah keluarga Encik Azahar
10.00-1.00pm - Bertolak ke Kuala Terengganu
11.00-2.30pm - Membeli-belah di Pasar Payang
3.00-3.45pm - Ke Planetrium
4.00-5.00pm - Ke Muzium Negeri
5.00 pm - Bertolak pulang
9.30 pm - Selamat sampai di SKPC
Langgan:
Catatan (Atom)
Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.