AHAD, 21 MAC 2010 - Melengkapi acara perhimpunan pagi ini, Penyampaian Hadiah Galakan UBB1 telah disempurnakan oleh En. Azmi Bin Hussain selaku Guru Besar SK Pengkalan Chepa. Hadiah berupa wang galakan telah diberi kepada murid tahap 1 dan tahap 2 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UBB1.
Objektif utama adalah sebagai satu usaha bagi menyuntik semangat kepada murid-murid untuk bersaing dalam meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. En. Azmi Bin Hussain dalam ucapannya berharap, agar murid-murid lebih bermotivasi dan saling bersaing dalam pembelajaran bukan semata-mata kerana imbuhan yang disediakan, tetapi demi masa depan yang lebih cerah. Budaya cemerlang 5A perlu dipupuk dari peringkat bawah bermula dari Tahun 1 lagi untuk menjamin kesinambungan kecemerlangan UPSR sebagaimana yang dirancangkan.

Bagi semua murid yang telah berjaya, tahniah diucapkan. Bagi yang tidak berpeluang, jangan putus asa. Masih ade ruang kalau ada kesungguhan. Selamat mencuba!