03 JAN 2011- Sesi Persekolahan bagi tahun 2011 bermula pada hari ini. Pendaftaran murid tahun satu telah diadakan pada 29 Disember 2010 yang lalu. Hari ini merupakan hari pertama murid tahun satu memasuki alam persekolahan. Pelbagai gelagat dan kerenah mereka yang mencuit hati dengan ibu bapa yang sabar menunggu anak-anak di luar kelas dengan penuh debaran.
Alhamdulilah walaupun hari ini adalah hari pertama mereka memasuki alam persekolahan tetapi mereka telah menunjukkan displin dan sikap yang baik. Mendengar dan patuh kepada arahan dan tunjuk ajar guru-guru.
|
Menunggu P&P bermula dengan penuh sabar dan sopan |
|
Masih ada murid yang ditemani oleh ibu bapa |
|
"Mengantuklah cikgu...hari ni saya bangun awal..." |
|
Tak mahu berenggang |
|
Berehat sambil melayan fikiran hari pertama persekolahan |
|
"Malulah...." |
|
Puan Che Limah guru kelas 1 Nilam sedang melayan ibu murid menyemak pendaftaran |
|
Sedang khusyuk mendengar taklimat guru kelas |
|
P&P dan transisi Tahun 1 bermula... |
|
Puan Rashidah Guru Kelas Tahun 1 Delima |
|
Puan Ramlah Guru Kelas 1 Firus |
|
Puan Sidah guru kelas 1 Zamrud bersama salah seorang muridnya |
|
Murid 1 Zamrud penuh semangat memulakan pembelajaran
| | | | | | | | | | | | | | | |
saya mencadangkan agar pihak sekolah perlu meneliti keadah yang lebih sistematik dalam setiap urusan pendaftaran dan pembayaran yuran. Apa yang berlaku pada awal tahun 2011, pada saya ianya adalah kali pertama, mungkin ianya telah menjadi aktiviti rutin tahunan..pada amatan saya, sistem yang dilaksanakan sebenarnya menyulitkan terutamanya, pengedaran borang dihari kejadian.ada juga pihak guru2 yang tidak bersedia untuk menerima kehadiran ibu bapa di kelas masing2. tidak menyediakan wang kecil yang secukupnya, tidak sedia dengan mesin kira2, mengisi resit bayaran tidak teliti dan banyak lagi. Kelemahan2 kecil & remeh ini sebenarnya, membuatkan orang lain (ibu bapa) menunggu lama. Dan ianya tidak sepatutnya berlaku, kerana apa yang dilakukan ada aktiviti rutin di awal tahun. Persediaan dan kelemahan dapat diatasi dan diperbaiki dari tahun demi tahun.
BalasPadamSekian.TQ