Objekif pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama di antara murid serta memberi pendedahan menyediakan masakan samada untuk diri sendiri atau pun keluarga. Di hakimi oleh PKP 1 Puan Hjh Rosemawati, para murid dengan penuh debaran menunggu keputusan. Keputusan akan diumumkan di majlis jamuan perpisahan tahun 6 yang akan diadakan di Sweet Beach Resort,Tok Bali pada 11 November.
Pelbagai jenis masakan nasi goreng disediakan. Nasi goreng pattaya, nasi goreng cina, nasi goreng kampung, nasi kerabu goreng dan nasi goreng daging merah bersama udang butter, nasi goreng thai, nasi goreng americana dan nasi goreng arabic. Suasana yang sungguh meriah dengan bunyi kuali dan sudip memeriahkan pertandingan ini.
Ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, Tuan Haji Shafii yang sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan tugasan sama-sama turun padang dan memberi komen serta pandangan bernas beliau. Wajah-wajah gembira dalam debaran terpancar di wajah para murid apabila GB dan PKP menjamah hidangan yang disediakan.
Pn Hjh Rosemawati memberikan sedikit ucapan mewakili Tuan Guru Besar. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang terlibat menjayakan pertandingan ini. Diharap murid dapat menggunakan segala kemahiran yang dipelajari dengan menyediakan hidangan kepada ahli keluarga di rumah nanti.
Tahniah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan