Berkumpul di dewan terbuka seawal pagi dan dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku, 'Selamat Sultan' dan ' lagu Sekolah' . Ucapan oleh Tuan Guru Besar, Tn Hj Shafii sebagai pembuka majlis.
Majlis hari raya diteruskan dengan persembahan lagu raya oleh para guru dan pelajar. Pn Zuzila dan En Shariffudin menghangatkan suasana dengan nyanyian lagu secara duet. Diikuti dengan En Ab Aziz dan En Zahidan dengan lagu dua versi English dan B. Melayu "Insyallah". En Rashidi meneruskan persembahan secara solo. Persembahan lagu raya oleh pelajar tahap 2 dan persembahan dikir barat yang hebat oleh pelajar tahun 5 dan 6 . Pn Fazidah, mantan guru cemerlang menunjukkan 'bakat terpendam' yang disimpan selama 41 tahun. Menurut beliau ini adalah persembahan nyanyiannya kali kedua di usia 51 tahun setelah menunjukkan bakat kali pertama pada usia 11 tahun...Hebat - hebat rupanya para guru SKPC ini.
Acara "busana hari raya" oleh model-model yang dipilih secara rawak oleh guru diteruskan. Pemilihan adalah berdasarkan busana hari raya yang cantik, menarik, sopan dan anggun. Pertandingan busana dimulakan oleh murid tahap 1. Pelbagai aksi "cat walk" dengan pelbagai gaya oleh para model dan jelitawan SKPC mengamatkan suasana.
Majlis berehat seketika untuk memberi peluang kepada murid-murid menikmati juadah hari raya yang disediakan oleh guru kelas dan acara " kelas terbuka" oleh para guru dari kelas ke kelas.
Pada jam 11 pagi acara pentas diteruskan dengan nyanyian murid tahun 5 Delima. Pn Zuzila pula bertukar pasangan dan meneruskan persembahan duet bersama guru muzik tersohor En Redzuan. Pertandingan busana tahap 2 diteruskan untuk menghangatkan suasana selepas acara 'kelas terbuka' dan dihakimi oleh Sir Aziz, Pn Wan Faizah dan Pn Noor Anita.
Acara kemuncak adalah acara pilihan' busana raya sedondon' di antara guru lelaki dan guru perempuan. Setelah penilaian dibuat, para hakim dan ahli-ahlinya sebulat suara memilih Tuan Guru Besar, Tn Hj Shafii dan Pn Zarina sebagai juara . Pasangan ini bersama-sama memilih dan mengayakan warna ' Ungu '. Tn Hj Shafii sungguh segak dan tampan mengenakan baju Melayu dan samping ungu manakala Pn Zarina dengan berbaju kurung ungu bertahtakan manik-manik . Sungguh menawan dan sedondon. Pn Zarina telah berjaya mempertahankan tahtanya sebagai juara sedondon buat kali ke 2 berturut-turut. Tahniah... dan atas permintaan para peminat , pasangan sedondon ini diminta menyanyikan sebuah lagu raya. Mereka berduet mendendangkan lagu 'Suasana di Hari Raya'. Sporting sungguh....
Sekian...Panjang umur dan murah rezeki tahun hadapan kita 'beraya' lagi.
Terima kasih kepada semua warga guru, kakitangan sekolah dan para murid yang bersama-sama memeriahkan majlis Hari Raya 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan