Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shaari dan diikuti dengan majlis 'santapan'. Diteruskan dengan ucapan oleh PKP Puan Hjh Rosemawati sebagai pembuka bicara mewakili warga SKPC. Empat rangkap lagu didendangkan oleh Puan Rosmawati dengan merdunya. Tak sangka kak Ros kita ini orang yang berbakat dan memiliki suara setanding dengan Siti Nurhaliza dan pasti serasi bila digandingkan dengan sifu musik Encik Redzuan. Seterusnya ucapan daripada Pengerusi PIBG Tuan Hj Nor Zahari yang mengakhiri ucapan beliau dengan sebuah lagu dendangan allahyarham Sudirman Hj Arshad "Pelangi Petang". Lagu tersebut ditujukan khas kepada Guru Besar Encik Azmi.
Majlis diserikan lagi dengan ucapan perpisahan oleh Encik Azmi. Mengimbas segala kenangan dan suka duka beliau sepanjang berada di SKPC dengan melayan kerenah guru-guru dan murid yang pelbagai ragam. Keinginan beliau adalah untuk melihat kejayaan demi kejayaan diraih oleh seluruh warga SKPC walaupun bukan lagi diterajui oleh beliau. Walaupun terlalu berat untuk melangkah pergi meninggalkan SKPC tetapi beliau tabah meneruskannya demi perjuangan sebagai seorang guru yang rela dan bersedia bertugas walau pun ke hujung dunia. Apatah lagi tanggungjawab besar yang digalas menambahkan ketabahan beliau sebagai seorang Guru Besar yang berkaliber. Apa yang pasti 'team' badminton guru lelaki tetap berjalan seperti biasa walaupun beliau tidak lagi bersama kami.
Kami warga guru SKPC mengucapkan selamat berjaya dan selamat memulakan tugas di tempat baru. Berada di bawah pimpinan beliau sentiasa memberi semangat kepada kami meneruskan tugas dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Apa yang pasti jangan lupakan kami warga SKPC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan