Acara dimulakan dengan senamrobik oleh para guru di dewan terbuka skpc. Oleh kerana hari hujan, program arobik terpaksa dijalankan di dewan. Guru-guru melakukan senamrobik di atas pentas dan murid sebagai penonton kerana masalah kenkangan tempat. Selesai sahaja senamrobik selama setengah jam, perlawanan bola sepak guru lelaki dengan pelajar lelaki dijalankan di padang sekolah.
Hujan yang turun tanpa henti tidak mematahkan semangat para guru lelaki yang memakai kain pelikat semasa perlawanan berlangsung. Tuan Guru Besar, Encik Azmi Hussain juga tidak melepaskan peluang beraksi menunjukkan bakat mengelecek bola. Hasilnya pasukan guru berjaya menewaskan murid dengan mata 2-1. Jaringan pertama dijaringkan oleh En Baderin sementara jaringan kedua oleh En Anuar. Layarilah mata anda dengan slide yang memaparkan aksi-aksi hebat bolasepak warga skpc.
Acara seterusnya ialah acara bagi guru perempuan iaitu menjahit butang baju dan mereka fesyen pelajar menggunakan suratkhabar. Semuanya berbakat dalam bidang jahitan dan rekaan fesyen. Nanti bila sudah pencen bolehlah buka "butik". Jangan tak nampak lubang jarum dah le cikgu...
Acara Menjahit Butang Baju
Guru wanita sedang menunjukkan bakat menjahit butang baju
Inilah hasil daripada kreativiti guru-guru hebat
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLylPlDXUJdx3yZxo-pYFStjwm9hzw7e-moJXhQ-J7fMhZ6uz-FGBF88hnBsW1DKVTXoLJWMYPkkCvuUg8qYBT-uBsWdq-CE6F2ltkZuyDwAVeKX8a50tZHt3aXZDAMEwzONBjmdAzuuo/s320/hari+guru+2010+063.jpg)
Sessi Temuramah Guru Bersama SS Channel
Acara Reka Fesyen Menggunakan Suratkhabar Lama
Inilah hasil daripada kreativiti guru-guru hebat
Acara paling UMMPHH "Rebut Kerusi"
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLylPlDXUJdx3yZxo-pYFStjwm9hzw7e-moJXhQ-J7fMhZ6uz-FGBF88hnBsW1DKVTXoLJWMYPkkCvuUg8qYBT-uBsWdq-CE6F2ltkZuyDwAVeKX8a50tZHt3aXZDAMEwzONBjmdAzuuo/s320/hari+guru+2010+063.jpg)
Acara Dewan
Deklamasi Sajak oleh Tuan Guru Besar
Encik Azmi Hussain
Persembahan Duo
Encik Aziz dan Encik Redzuan
Sessi Temuramah Guru Bersama SS Channel
Tahniah kepada para pemenang dalam acara yang dipertandingkan dan pemenang acara cabutan bertuah. Sememangnya anda BERTUAH dan kepada yang kurang ada 'ONG ' bolehlah cuba lagi tahun hadapan. Terima Kasih juga kepada semua warga guru , anak-anak didik dan staf sokongan Sek Keb Pengkalan Chepa di atas semua kerjasama yang diberikan . Semoga kenangan hari ini akan terus menjadi "kenang terindah "untuk kita semua. SELAMAT HARI GURU...TERIMA KASIH CIKGU...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan