Program dimulakan dengan perhimpunan pagi jam 8. Murid dan guru diberikan taklimat agihan kawasan gotong-royong. Gotong royong ini dibahagikan kepada dua fasa; Fasa 1 kawasan persekitaran sekolah dan fasa 2 ialah kelas dan bilik khas.
Pertandingan mewarna tahap satu diadakan di dewan terbuka SKPC . Manakala pertandingan mengarang esei tahap dua diadakan selepas waktu rehat di dalam kelas masing-masing. Masa yang diberikan adalah selama tiga puluh minit dengan 80 patah perkataan (tahun empat) dan satu ratus patah perkataan (tahun lima dan enam).
Pada jam 12.30 tengahari majlis perhimpunan dan pelancaran program oleh Tuan Guru Besar dan penyampaian hadiah diadakan. Majlis bersurai jam 1.15 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan